“Sendiri Yang Buat Hal, Sendiri Pula Mengaku Dapat Meraut Pahala Berganda-Ganda..”- Rhiduan Tee Abdullah

Hiburan

“Sendiri Yang Buat Hal, Sendiri Pula Mengaku Dapat Meraut Pahala Berganda-Ganda..”- Rhiduan Tee Abdullah

Pendakwah bebas, Prof Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah tampil memberi respon kepada kenyataan seorang selebriti terkenal yang mendakwa dia memperoleh pahala yang banyak apabila ramai yang memfitnah dirinya.

Ridhuan Tee menerusi kenyataan di Facebooknya menulis panjang lebar mengenai isu tersebut di mana beberapa kata nasihat ditulis olehnya untuk tatapan umum.

Advertisement
Ridhuan TeeSumber : Google  

Tulis Ridhuan lagi, budaya seperti itu harus dihentikan di mana perbuatan ‘memetik’ nama agamawan untuk menyembunyikan kesalahan sendiri.

Ridhuan TeeSumber : Facebook Ridhuan Tee  

 

“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ni? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut. Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda menggunakan nama ustaz. Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek. Konteks dan teks berbeza.”

Tambah pensyarah itu lagi, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga merupakan masalah yang dicipta sendiri kerana menganjurkan majlis dalam situasi pandemik.

“Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini..” tulisnya lagi.

CTDKSumber : Instagram CTDK  

Beliau dalam pada itu turut memberi peringatan kepada semua lapisan masyarakat agat menghentikan budaya mencari publisiti dengan berkongsi semua perkara kepada khalayak.

Terdahulu, seorang penyanyi tersohor tempatan telah dikecam hebat kerana didakwa melanggar SOP ketika penganjuran majlis tahnik anak lelakinya bertempat di kediaman mereka.

Kehadiran beberapa orang kenamaan serta pendakwah bebas turut membangkitkan lagi kemarahan netizen, baru-baru ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...