Sedia maklum, pelakon serta pengacara dikenali ramai iaitu Sherry Al-Hadad telah berjaya menurunkan berat badannya baru-baru ini hingga membuatkan ramai terpegun.
Bagaimanapun, perkongsiaan seorang pengguna di TikTok memaparkan Sherry sedang berjalan di atas karpet merah sambil memakai wondersuit ataupun bengkung telah mendatangkan pelbagai reaksi daripada para warganet.
Biarpun dipuji oleh pengguna yang memuat naik video terbabit dengan mengatakan Sherry semakin kurus, netizen mempunyai pandangan yang berbeza serta tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pengguna tersebut.
Bukan saja tidak setuju, netizen malah berkata hanya di bahagian pinggang sahaja yang kelihatan susut, itupun disebabkan bengkung yang dipakai oleh pengacara terbabit tetapi bahagian lain, netizen berpendapat masih sama seperti dahulu.
Namun begitu, walaupun ramai yang body shaming Sherry apabila melihat video berkenaan, masih ada juga sesetengah netizen yang memuji kecantikannya serta menitipkan kata-kata semangat buat Sherry agar berjaya untuk menurunkan berat badan semula.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.