Senator Cadang Pasang Pendingin Hawa Di Bilik Darjah, Beri Keselesaan Pada Murid Sekolah

Trending

Senator Cadang Pasang Pendingin Hawa Di Bilik Darjah, Beri Keselesaan Pada Murid Sekolah

class_air_600Seorang senator telah mencadangkan agar bilik darjah di sekolah-sekolah dilengkapi pendingin hawa, agar sesi pembelajaran tidak terjejas, walaupun ketika fenomena El Nino melanda.

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, langkah ini bagi memastikan murid dan pelajar dapat menghabiskan sukatan pelajaran, terutama yang mengambil peperiksaan dan mengelak sekolah ditutup, ketika cuaca panas melampau,lapor portal FMT.

Advertisement

“Bila cuaca panas melampau, sekolah ditutup, sebelum ini sekolah ditutup sebab jerebu, ini El Nino pula. Jadi, bagaimana anak-anak kita (murid dan pelajar) yang hendak menduduki peperiksaan, cukup belajar.

“Jika tidak cukup bajet, pasang ‘aircond’ (pendingin hawa) di kelas yang pelajarnya ambil peperiksaan sahaja,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, pada Khamis.

Mohd Suhaimi berkata, kerajaan dan Kementerian Pendidikan harus bersedia mengambil langkah sewajarnya, kerana fenomena El Nino merupakan kejadian yang boleh diramalkan dan berlaku secara berkala.

Seorang lagi Senator, Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad pula mencadangkan pembinaan bangunan menggunakan cermin memantul haba yang dikawal untuk mengurangkan suhu panas di kawasan persekitaran.

“Kita lihat banyak bangunan sekarang guna banyak cermin, di dalam mereka ‘tinted’ supaya sejuk, tapi di luar ia memantulkan haba, suhu akan menjadi lebih panas.

“Jadi, kita minta KPKT (Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) pantau, kalau boleh hentikan pembinaan bangunan cermin pantul haba ini,” katanya.

Sementara itu, Shahanim Mohamad Yusoff pula mencadangkan sebuah tabung, seperti Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (TBB) diwujudkan bagi industri air, untuk membangunkan teknologi baharu dalam menjamin bekalan air sentiasa mencukupi, walaupun negara berdepan cuaca panas melampau.

“Wang untuk tabung ini boleh dikutip daripada akaun pengguna air, seperti juga pengguna elektrik untuk TBB.

“Hasilnya boleh dibina lebih banyak empangan dan pembangunan teknologi alternatif, seperti pengolahan air bawah tanah, agar kita tidak menghadapi masalah air, apabila El Nino melanda,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...