Senator AS Dakwa Herbalife Jalankan Skim Piramid: Saham Syarikat Jatuh Merudum

Trending

Senator AS Dakwa Herbalife Jalankan Skim Piramid: Saham Syarikat Jatuh Merudum

Saham Herbalife merudum jatuh sebanyak 13% dan ditutup pada 10% beberapa hari lepas setelah Senator Amerika Syarikat (AS) Ed Markey membuat permohonan untuk Suruhanjaya Keselamatan dan Tukaran serta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) untuk menyiasat dakwaan bahawa syarikat pemakanan kesihatan tambahan itu menjalankan skim piramid.

Herbalife ialah sebuah syarikat pemasaran berbilang tingkat (MLM). Pengedar Herbalife menjana pendapatan dengan menjual produk menurunkan berat badan dan merekrut ahli baru. Pengedar ini mengambil sebahagian hasil jualan ahli yang berjaya mereka rekrut ke dalam syarikat. Ini ialah sesuatu yang sah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, FTC memberitahu yang syarikat MLM adalah dianggap syarikat skim piramid yang tidak sah sekiranya pengedar lebih banyak menjual barang kepada pengedar lain berbanding kepada orang ramai atau mendapat keuntungan lebih banyak dengan merekrut ahli baru berbanding menjual produk.

Advertisement

Kebimbangan Markey ialah kepada pengedar yang berada di paras bawah dalam piramid yang mungkin tidak dapat menjual produk.

Markey mendakwa dia telah menerima aduan tentang ‘masalah kewangan’ dari pengedar Herbalife dan terdapat juga khabar yang mengatakan Herbalife menyasarkan untuk merekrut pengedar dari kalangan golongan berpendapatan rendah yang ‘lebih mudah terpengaruh’.

Satu keluarga dari Norton, Massachusetts dikatakan telah kerugian USD 130,000 termasuk simpanan persaraan kerana melabur dalam produk Herbalife.

Seorang pengadu memberitahu Markey yang dia didesak untuk mencari ahli baru dari kalangan ahli keluarga sendiri dan didesak untuk membeli lebih barangan Herbalife bagi mendapatkan kelayakan sebagai ‘penyelia’.

Herbalife mungkin satu produk kesihatan, tetapi beberapa pengedarnya telah mengalami ‘kesakitan ekonomi’ kerana melibatkan diri dengan syarikat itu. Saya mempersoalkan secara serius tentang operasi Herbalife dan impaknya kepada rakyat, dan saya berharap menerima respons segera tentang permohonan saya.

Markey juga telah menghantar surat rasmi secara terus kepada Herbalife untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang modus operandi syarikat tersebut.

Laporan asal: CNN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...