Senarai Top 5 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia Dalam Industri Makanan Dan Memasak

Trending

Senarai Top 5 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia Dalam Industri Makanan Dan Memasak

Sudah hampir sebulan kita meninggalkan tirai pelabuhan 2017 yang pastinya mengajar kita 1001 kenangan yang bermakna. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah masa hadapan.

Itulah yang sesuai diperkatakan pada saat ini di mana semua orang berpusu-pusu mengejar impian mereka bagi merealisasikannya.

Advertisement

Terkini, Forbes telah mengeluarkan senarai individu yang berpengaruh di serata dunia bagi setiap bidang masing-masing.

Kali ini kami akan berkongsi dengan anda 5 individu paling berpengaruh dalam industri makanan dan memasak yang mana mereka sendiri telah mencatat jumlah pendapatan lumayan yang anda semua idam-idamkan.

#1 Kevin Curry

Bermula sebagai blogger bidang makanan pada tahun 2012,kemudian berkembang kepada empayar media masakan,perkongsian resepi yang mudah, sihat dan menarik.

Aplikasinya iaitu Curry’s Fitmencook telah dimuat turun hampir 1 juta pengguna sejak tahun 2015.

Pada musim bunga 2018 nanti, Kevin bakal mengeluarkan buku masakan hasil tulisannya sendiri serta bakal mengeluarkan peralatan memasak jenamanya sendiri.

#2 Izy Hossack

Gadis Britain yang berusia 21 tahun ini mula menempah nama apabila artikelnya yang berjudul Top with Cinnamon pada 2011 telah dibaca secara meluas oleh pembaca di serata dunia.

Pada hari ini, Hossack yang kini sedang berada pada semester akhir jurusan Food and Nutrition telah mengeluarkan dua buah buku masakan hasil tulisannya.

Yang terkini adalah ‘The Savvy Cook’-2017 yang telah bekerjasama dengan jenama gergasi iaitu IKEA dan Cuisinart.

#3 Natasha Kravchuk

Pada 2009,gadis kelahiran Ukraine ini mencari sumber resepi terbaik untuk masakan Slavic, tapi hampa apabila tidak menemui sumber yang menepati citarasanya.

Pada hari ini,  sumber pendapatannya adalah dari hasil pengiklanan pelanggan yang melanggan pada blog beliau iaitu natashaskitchen.com.

Beliau telah bekerjasama dengan jenama seperti Kitchenaid dan Le Creuset. Pada 2018, beliau bakal berehat sementara bagi menyiapkan buku masakan beliau yang ditunggu-tunggu.

#4 Ali Maffucci

Mafucci mula berblogging sejak 2013 apabila beliau mula mempelajari mengenai ‘Spiralizing’ iaitu satu proses menukarkan buah dan sayuran kepada bentuk mee yang sihat.

Wanita berusia 30-an ini telah bertungkus lumus apabila berjaya menghasilkan 3 buku masakan dan peralatan ‘spiralizing’ nya sendiri iaitu Inspiralizer , sebuah aplikasi iOS dan bekerjasama dengan jenama terkenal iaitu Houlihan’s.

#5 Rosanna Pansino

Merupakan antara wanita yang menjana pendapatan yang lumayan di Youtube, Pansino telah berjaya menjana pendapatan jutaan ringgit hasil pengiklanan dari saluran Youtube popularnya iaitu ‘Nerdy Nummies’ .

Sebuah rancangan masakan yang popular. Beliau juga telah menembusi pasaran peralatan memasak dengan menghasilkan peralatan tekapan biskut emoji dengan kerjasama jenama Wilton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...