Written by Bella | October 6th, 2018

Baru sahaja awal bulan Oktober tiba, dunia hiburan kita sudah menyaksikan beberapa kontroversi dan gosip hangat.

Ada isu seorang pencetus ummah yang mengeluarkan kenyataan tidak sensitif berkaitan bencana alam yang berlaku di negara jiran Indonesia, kes saman seorang penyanyi lagenda terhadap seorang jutawan kosmetik popular dan macam-macam lagi.

Tidak mahu membuang masa lagi, jom kita layan Senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu ini yang menjadi bualan hangat netizen dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

1) PU AMIN DIKRITIK KELUAR KENYATAAN MALAPETAKA DI LOMBOK DAN PALU KERANA MAKSIAT

Pendakwah bebas terkenal, PU Amin dikritik netizen apabila memuat naik kenyataan Ulama di Indonesia bersepakat bahawa malapetaka besar yang berlaku secara berturut-turut di Lombok dan Palu adalah kerana maksiat yang berleluasa di atas muka bumi dan ia adalah laknat Allah SWT.

Rata-rata netizen agak kesal dengan kenyataan tersebut dan menganggap PU Amin tidak menjaga sensitiviti negara jiran dan seakan memberikan gambaran tidak baik kepada agama Islam.

BACA : “Ulama Sepakat Malapetaka Besar Timpa Lombok Dan Palu Kerana Maksiat”- PU Amin

2) FAZURA ‘SOUND’ ARTIS BUAT WISH SERVICE

Aktres popular Nur Fazura menemplak beberapa artis yang meminta bayaran daripada peminat untuk servis ucapan berbayar yang dibuat menerusi akaun Instagram. Menurut Fazura, seseorang artis itu tidak harus membebankan peminat dan terlalu materialistik. Tindakan itu tidak wajar kerana ucapan sepatutnya lahir daripada hati yang tulus ikhlas.

BACA : Tidak Wajar Minta Peminat Bayaran Untuk Ucapan Hari Jadi, Jangan Materialistik- Fazura

3) PENYANYI AISHAH MAHU SAMAN DATUK SERI VIDA JIKA TIDAK MAHU MINTA MAAF SECARA TERBUKA

Susulan kes Aishah mendakwa Datuk Seri Vida menghadiahkannya rantai berlian palsu, Aishah menerusi satu sidang media khas baru-baru ini memberikan tempoh satu minggu untuk jutawan kosmetik itu memohon maaf secara terbuka selain menuntut agar DSV menggantikan rantai berlian palsu itu dengan hadiah lain yang lebih setimpal.

BACA : Aishah Beri Datuk Seri Vida Tempoh Satu Minggu Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka

4) KOMEN TENTANG FIZIKAL ZAMANI, NETIZEN ANGGAP AC MIZAL ‘BODY SHAMING’

Komen Datuk AC Mizal tentang fizikal penyanyi Zamani yang kurus pada konsert Gegar Vaganza 5 menimbulkan kemarahan netizen. AC dilihat berulang kali menyatakan penyanyi lagenda itu terlalu krusu dan menasihatkan Zamani untuk memakan vitamin.

Apa yang dikatakan oleh AC itu seolah-olah ‘menyindir’ masa silam Zamani dan anggap ia sebagai ‘body shaming’ juga.

BACA : (VIDEO) Netizen Bengang AC Mizal Buat Lawak ‘Body Shaming’ Zamani

5) VIRAL MAJLIS PERSANDINGAN IZREEN AZMINDA YANG HANYA LAKONAN SAHAJA

Ramai yang terkejut apabila pelakon Izreen Azminda mengadakan majlis persandingan secara besar-besaran selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga bersama pemuzik Ude Wahid. Sekali lagi beliau dikritik sengaja ingin menayang kebahagiaan. Bagaimanapun, katanya ia sekadar lakonan sahaja dan sesi bergambar untuk mengabdikan kenangan bersama suami tercinta.

BACA : Jangan Kecam, Cuma Ambil Gambar Untuk Kenangan Bukan Majlis Betul – Izreen Azminda

Ada cerita yang ingin dikongsikan? Emel kami di [email protected] atau hubungi kami di FB Beautifulnara.

3 responses to Senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

  1. Mmg minat amyra says:

    Hello bella?
    Tak nmpk ke ramona zamzam alakazam memerli fan club amyra rosli dia tgkap gmbo ngan dazrin n anak2 dieorg

    1

    0
  2. soldier says:

    bosanlah gossip gossip ni. takde ummmphhh.

    0

    0
  3. #5 yang paling panas

    0

    0

Leave a Comment

Optional