Written by Bella | December 2nd, 2018

Selalunya dunia seorang selebriti dilihat cukup glamor selain mempunyai kehidupan yang mewah, namun mereka juga mempunyai cabaran tersendiri lebih-lebih lagi apabila dihimpit gosip dan kontroversi. Itulah bayaran yang terpaksa mereka terima apabila popular. Cubalah untuk menepis dan mengelak tetapi ada kalanya memang tidak dapat dihindar.

Seperti biasa, berikut adalah kontroversi yang paling mendapat perhatian sepanjang minggu ini.

1) Muat Naik Video Seksi Berbikini, Sajat Dikatakan Mahu Cabar Kuasa Tuhan

Video Nur Sajat berbikini seksi sambil menari penuh ghairah mendapat teguran daripada PU Amin yang menganggap usahawan kosmetik itu cuba untuk mencabar kuasa Allah SWT. Sajat dikatakan tidak menjaga sensitiviti ramai selain mencemarkan bulan mulia kelahiran Rasulullah dengan aksi yang tidak senonoh.

BACA : Apakah Sajat Mahu Cabar Kuasa Allah SWT? – PU Amin Tempelak Video Sajat Berbikini

2) Neelofa Dikritik Pakai Skirt Jarang Dan Singkat Nampak Kaki

Hadir ke sebuah acara eksklusif, busana serba merah yang digayakan oleh Neelofa dikritik kerana agak jarang dan singkat sehingga menampakkan bahagian kakinya.  Rata-rata netizen menyifatkan fesyen seperti itu tidak sesuai untuk seorang wanita berhijab.

BACA : Netizen Kritik Fesyen Neelofa Lagi, Skirt Jarang Dan Singkat Nampak Kaki

3) Natasha Hudson Didakwa Curang Dengan Bekas Suami?

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Zarina Anjoulie mendakwa Natasha Hudson curang dengan bekas suaminya, Carleed Khaza dan itu adalah punca mereka bercerai beberapa bulan lalu. Bukan itu sahaja, Natasha juga sudah mempunyai teman lelaki baru dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

BACA : Zarina Anjoulie Dedah Natasha Hudson Curang Dengan Bekas Suami?

4) Aliff Syukri Seronok Dapat RM53K Daripada Google Hasil Kecaman Netizen

Datuk Seri Aliff Syukri melompat gembira saat mendapat bayaran RM 53,000 daripada Google hasil daripada blog dan laman YouTube beliau. Menerusi sebuah video, Aliff mengucapkan terima kasih kepada pihak Google dan juga netizen yang tidak berhenti mengecam beliau. Siapa sangka segala kecaman yang diterima bertukar menjadi rezeki yang lumayan.

BACA : Hasil Kecaman Netizen, Aliff Syukri Dapat RM 53K Daripada Google

5) Fynn Jamal Bengang Suami Dituduh ‘Biawak Hidup’

Penyanyi Fynn Jamal tampil mempertahankan suaminya yang selama ini dituduh sebagai pemalas  dan  dianggap seperti ‘biawak hidup’ kerana tidak bekerja. Kata Fynn, orang ramai tidak tahu suaminya itu sebenarnya seorang yang ringan tulang dalam melakukan kerja-kerja rumah dan perkara itu sudah cukup membuatkan Fynn seorang isteri yang bahagia.

BACA :  Fynn Jamal Nafi Suami ‘Biawak Hidup’, Cukup Bahagiakan Dirinya

 

 

9 responses to Senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

  1. norlia ghani's fans says:

    salah lah nara..gosip no.1 jatuh kepada…. joyah (norlia ghani) kentot keluar taik! heboh kat IG kot…cer check ig..

    0

    1

Leave a Comment

Optional