Written by Bella | November 18th, 2018

Sekejap sahaja kita hampir tiba ke penghujung tahun 2018, namun dunia hiburan tanah air memang tidak pernah lekang daripada gosip dan kontroversi panas.

Minggu ini memang pelbagai isu mencetuskan sensasi, daripada isu jutawan kosmetik yang tidak habis-habis dengan publisiti murahan sehinggalah sebuah filem hangat yang dinantikan ramai kononnya didakwa mempromosikan agama Islam sebagai pengganas.

Jom imbas kembali senarai top 5 gosip terhangat yang menjadi bualan netizen pada minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

1) Kerana Lupa Lirik, Ramai Tidak Puas Hati Zamani Ke Final GV5

Mengalami masalah dan lupa lirik untuk menyampaikan lagu Dekat Padamu pada persembahan pertama di separuh akhir GV5, ramai yang mempertikaikan keputusan juri yang tetap memilih penyanyi lagenda Zamani untuk mara ke pentas final program tersebut.

BACA : Zamani Akur Netizen Tidak Puas Hati Dirinya Mara Ke Final GV5

2) Filem Polis Evo 2 Didakwa Cemar Islam

Filem Polis Evo 2 yang belum lagi ditayangkan menjadi kontroversi apabila ada pihak menganggap beberapa adegan yang ditonjolkan mencerminkan umat Islam sebagai pengganas dan jahat. Namun, tuduhan itu dibuat secara membabi buta sahaja dan hanya berdasarkan trailer rasmi tanpa mengetahi keseluruhan kandungan naskhah tersebut.

BACA : Didakwa Beri Imej Buruk Islam Itu Pengganas, Filem Polis Evo 2 Diboikot?

3) Aliff Syukri Dikecam Sibuk Menari Dengan Model Ketika Isteri Pergi Umrah

Sekali lagi jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk netizen kerana memuat naik video TikTok dirinya menari sakan dengan beberapa orang model antarabangsa sedangkan isterinya sedang beribadah di Tanah Suci Mekah.

BACA : (VIDEO) Bini Pergi Umrah, Suami Sibuk TikTok Dengan Perempuan Lain – Aliff Syukri Dikecam Lagi

4) Ayda Jebat Kutuk Saiz Badan Sherry Al-Hadad

Pelakon Ayda Jebat dianggap kurang ajar oleh netizen gara-gara mengeluarkan kenyataan mengenai saiz kaki Sherry Alhadad. Memalukan Sherry ketika siaran secara langsung di televisyen,  Ayda juga dikritik kerana melakukan ‘body shaming’.

BACA : (VIDEO) Gurau Kasar Persenda Kaki Sherry Al Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dikecam Netizen

5) Rita Rudaini Sindir Wanita Ambil Suami Orang Hidup Tidak Tenang

Memuat naik beberapa status berbaur sindiran yang agak tajam terhadap seseorang di akaun Instagramya baru-baru ini. Kata Rita, wanita yang mengambil suami orang, hidup mereka  akan dihantui pelbagai perasaan dan diselubungi dosa serta hidup mereka tidak akan tenang. Walaupun tidak menyatakan secara jelas siapakah individu yang dimaksudkan, rata-rata netizen bagaimanapun mempercayai status itu ditujukan buat isteri kepada bekas suaminya.

BACA : Dosa Ambil Laki Orang Hidup Memang Tak Tenang, Takut Laki Kena Ambil – Rita Rudaini

8 responses to Senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

  1. norlia ghani says:

    paling top ialah norlia ghani atau lebih mesra dipanggil joyah kentot tapi taik yg keluar..pendek kata, kentot keluar taik!

    0

    0
  2. Berikut adalah senarai selebriti yang bertunang tanpa pengetahuan awam pasca-Piala Dunia ke-21 setakat ini: –

    1) Elfira Loy
    2) Raja Ilya
    3) Fasha Sandha
    4) Aidil Aziz

    Pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah selamat melangsungkan pertunangan secara tertutup siang tadi. Tahniah diucapkan buat pasangan tersebut!

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Sampah!!!

    0

    0

Leave a Comment

Optional