Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini

Kisah kontroversi dalam dunia hiburan memang tidak dapat dipisahkan. Kami di BeautifulNara juga tidak pernah ketinggalan untuk memaparkan setiap gosip dan kontroversi sensasi yang menjadi bualan hangat netizen. Ada kalanya cerita-cerita panas juga mampu mempopularkan lagi nama sesetengah selebriti.

Advertisement

Jom kita imbas kembali antara kontroversi serta gosip paling hangat dan mendapat perhatian ramai sepanjang minggu ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

1) Aliff Syukri Dikecam Panggil Wanita Hodoh Di GV 5

Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk di laman sosial kerana tindakannya dalam rancangan GV 5 yang ingin mencari seorang wanita berwajah hodoh seperti bomoh untuk mempromosikan produk pemutih kulitnya. Menjadi penaja utama untuk program hiburan tersebut, apa yang dilakukan oleh Aliff itu begitu memalukan dan tidak beradab.

Advertisement

BACA : (VIDEO) Netizen Label Aliff Syukri Kurang Ajar, Kutuk Warna Kulit Penyanyi Santesh Dan Cari Penonton ‘Ugly Women’

2) Awie Terkilan Jumlah Bayaran Bonus Hantu Kak Limah Sedikit

Pelakon utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie melahirkan rasa kecewa dengan wang bonus yang diterima walaupun filem berkenaan berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM38 juta. Kata Awie, jumlah yang diberikan tidak berbaloi dengan segala usaha serta sumbangan yang dilakukan pelakon dan kru produksi.

BACA : Awie Kecewa Wang Bonus Untuk Filem Hantu Kak Limah ‘Ciput’

3) Redza Minhat Tegur Program TV Tempatan Tiada Kualiti

Pelakon dan penulis skrip berbakat besar Redza Minhat meluahkan pendapat beliau tentang program televisyen tempatan tidak berkualiti dan hanya menyajikan penonton dengan konsep rancangan yang entah apa-apa. Redza juga tidak faham mengapa rakyat Malaysia sering agungkan ushawan kosmetik yang penuh kontroversi (dipercayai beliau memberikan komen mengenai isu   Datuk Seri Aliff Syukri di GV5).

Advertisement

BACA : Program TV Dicipta Untuk Orang IQ Timun, Agungkan Usahawan Kontroversi – Redza Minhat

4) Mia Ahmad Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Selamatkan Rumah Tangga

Pelakon Mia Ahmad rela melakukan apa sahaja demi menyelamatkan perkahwinannya bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Izham Tarmizi Roslan. Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul mengenai pergolakkan rumah tangga mereka termasuklah tuduhan Izham dikatakan curang.

BACA : Mia Ahmad Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Selamatkan Rumah Tangga

5) Aedy Ashraf Didakwa Cuba Sorok Tatu?

Foto pelakon drama Cinta Tiada Ganti iaitu Aedy Ashraf yang dikaburkan pada bahagian kaki mencetuskan perdebatan netizen dan persoalan di media sosial. Spekulasi mula timbul mengatakan Aedy cuba untuk menyorok tatu. Betul ke?

BACA : Kaburkan Bahagian Kaki, Netizen Dakwa Aedy Ashraf Sorok Tatu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    November 12, 2018 at 1:06 am

    Bosannya .. semua cerita basi la Nara! :()

  2. Sabri Ali @ Nick

    November 11, 2018 at 7:10 pm

    PANAS-PANAS BELAKA

    • Anonymous

      November 12, 2018 at 12:40 am

      Gosip terhanat- Alif Syukri la!

    • Anonymous

      November 12, 2018 at 1:06 am

      kentut itu najis

Loading...
To Top