Senarai Top 10 Jenama Telefon Pintar Paling Laris Dijual Pada Tahun 2017

Trending

Senarai Top 10 Jenama Telefon Pintar Paling Laris Dijual Pada Tahun 2017

Telefon pintar pada hari ini menjadi keperluan yang sangat penting dan bukan lagi kehendak seperti 10 tahun yang lalu.

Industri telefon pintar juga menjadi semakin sengit dengan kemunculan pelbagai jenama baru serta reka bentuk yang lebih hebat yang menambat hati para pengguna di luar sana.

Advertisement

Pada akhir 2017, persaingan industri ini semakin mencabar apabila 10 jenama telefon pintar ini mengumumkan hasil pendapatan purata mereka bagi sesi pengakhiran 2017.

Keghairahan dan kerancakan industri ini kami buktikan lagi dengan pendedahan 10 jenama telefon pintar yang popular di dunia pada 2017 berdasarkan hasil pendapatan dan jumlah pengguna mereka.

#1 Samsung

Samsung masih lagi mampu mengekalkan kedudukannya sebagai perintis dan juara dalam industri telefon pintar ini sebagai jenama yang paling serasi dengan pengguna pada hari ini.

Anak syarikat Samsung, Samsung Eletronik menganggarkan lebih 300 juta unit di keluarkan setiap tahun. Jumlah ini dikatakan merangkumi hampir 30% jumlah jualan telefon pintar di pasaran pada hari ini.

#2 Apple

Jenama ini merupakan jenama yang sudah dikenali dan paling popular di serata dunia. Dengan keutuhan pengguna di lebih 40 negara seluruh dunia, serta lebih 100 stor yang sah di 15 buah negara. Apple telah menjual hampir 200 juta unit telefon mereka setiap tahun.

#3 Huawei

Huawei juga tidak ketinggalan untuk tersenarai dalam kalangan Top 10 jenama telefon pintar popular pada 2017. Merupakan sebuah syarikat telefon pintar berpangkalan di China, Huawei merupakan peneraju utama dalam pasaran keperluan telekomunikasi dan pembuat telefon pintar terulung di dunia.

#4 Lenovo

Dengan lebih 70,000 unit dijual setiap tahun, Lenovo yang merupakan anak syarikat Motorola tampil bergaya dengan kewangan yang kukuh.

Lenovo lebih menumpukan pada reka bentuk  dan pembuatan telefon. Salah satu keunikan pada Lenovo adalah dimana pengguna dibenarkan mengubahsuai telefon berdasarkan keperluan dan kehendak mereka sahaja.

#5 Xiaomi

Merupakan antara jenama telefon pintar terbaru  yang memasuki industri ini. Xiaomi mula menempah nama pada 2010. Walaupun masih ‘mentah’ tetapi Xiaomi mampu menembusi pasaran dunia melalui kerja keras yang menggunakan lebih dari 8000 tenaga kerja manusia.

Xiaomi juga berjaya membuktikan bahawa mereka juga mampu menembusi pasaran di China dan India yang merupakan antara pasaran terbesar di dunia. Dengan lebih 65 juta unit di hasilkan setiap tahun, membuatkan Xiaomi berada sebaris dengan 10 jenama popular lain.

#6 LG

LG bukan sahaja untuk telefon pintar,tetapi juga untuk peralatan eletronik lain . LG lebih dikenali dengan produk telefon pintar, tablet dan jam pintar dan lain-lain.

Produk telefon pintar mereka yang paling laris adalah seperti K-series, G-series dan LG tribute. LG telah terjual hampir 60 juta unit setahun.

#7 ZTE

ZTE merupakan syarikat telekomunikasi China ketiga yang berada sebaris dengan 10 jenama lain. Hasil produk ZTE adalah seperti telefon pintar, servis telekomunikasi dan tablet. ZTE telah terjual sebanyak 55 juta unit setahun.

#8 Oppo

Oppo telah diwujudkan pada 2001 di China dan merupakan peneraju terhebat dalam industri eletronik dan organisasi teknologi.

Terkenal dengan slogan ‘Seni Teknologi’, Oppo berjaya menembusi hampir 20 negara di seluruh dunia antaranya negara Asian iaitu China dan India.

Oppo telah menghasilkan 50 juta unit jualan setahun dengan menawarkan telefon pintar popular seperti Oppo R7, Joy, Mirror,F1, dan Oppo Neo.

#9 Alcatel

Merupakan jenama telefon pintar yang mempunyai jangkauan global yang sangat luas dan besar dengan kehadiran di lebih 170 buah negara seluruh dunia. Alcatel memberi tumpuan kepada inovasi teknologi dengan menghasilkan  jualan sebanyak 50 juta unit setahun.

#10 Vivo

Jenama ini juga merupakan antara jenama terbaru dan paling cepat berkembang dalam pasaran telefon pintar pada hari ini.

Ditubuhkan pada tahun 2009, Vivo tampil dengan pelbagai jenis telefon pintar yang canggih serta perisian yang berkualiti tinggi pada pengguna.

Merupakan anak syarikat kepada BBK Eletronik, Vivo berjaya menghasilkan jualan 45 juta unit setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...