Senarai Penuh Syarikat Yang Menawarkan Ujian Saringan COVID-19 Dari Rumah Sahaja

COVID-19

Senarai Penuh Syarikat Yang Menawarkan Ujian Saringan COVID-19 Dari Rumah Sahaja

Jika anda mengalami simptom yang hampir serupa dengan gejala awal jangkitan COVID-19 tetapi gusar dan risau untuk mendapatkan ujian di hospital terdekat kerana tidak mahu meninggalkan rumah. Usah biarkan perasaan paranoid menguasai diri anda dan cepat dapatkan ujian awal.

Awal bulan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengumumkan rakyat Malaysia boleh memilih untuk melakukan pemeriksaan saringan di kediaman masing-masing. Petugas perubatan yang terlibat akan datang dan menjalankan ujian ke atas diri anda.

Advertisement

Servis pintu ke pintu

ujian saringan

Usaha ini adalah kolaborasi antara KKM dan pengamal perubatan swasta untuk melancarkan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 secara dari rumah. Perkhidmatan ini diperkenalkan kepada orang ramai yang tidak mahu berhadapan secara rapat dengan pesakit yang berada bawah siasatan (PUI) kes COVID-19.

Menurut sumber, individu yang menggunakan perkhidmatan ini akan menerima kunjungan petugas perubatan di hadapan pintu dan sampel ujian akan diambil kurang daripada 10 minit. Keputusan ujian akan diberitahu beberapa hari kemudian bergantung kepada jumlah sampel yang berada di makmal.

Apa yang pasti, kemudahan ini datang dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Anda yang bersedia untuk melaburkan sejumlah wang bersedialah untuk membayar perkhidmatan yang mempunyai harga yang berbeza mengikut syarikat.

ujian saringan

Jadi, jika anda fikir anda mampu menjalani ujian ini, berikut adalah 11 syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini:

  1. Bookdoc (muat turun aplikasi)
  2. DoctorOnCall (muat turun aplikasi)
  3. Pantai Premier Pathology Sdn Bhd (03-42809115)
  4. Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ) (03-40234588)
  5. Qualitas Medical Group Sdn Bhd, Gleneagles Kuala Lumpur (03-79646363)
  6. Gleneagles Kuala Lumpur (011-13013579)
  7. Twin Tower Medical Centre KLCC (03-23823500)
  8. Pantai Hospital Kuala Lumpur (03-42809115)
  9. Pantai Hospital Cheras (03-42809115)
  10. Pantai Hospital Klang (03-42809115)
  11. Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka (03-42809115)

Kenali tanda-tanda awal gejala virus COVID-19 dan jalani ujian awal untuk mengelakkan sebarang penyebaran wabak ini kepada tahap yang lebih serius. Bersama menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan mengikuti segala arahan pihak kesihatan dan duduk di rumah dengan tenang.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...