Senarai Penuh Pemenang Oscars 2019, Rami Malek Menang Aktor Terbaik Menerusi Filem Bohemian Rhapsody

Trending

Senarai Penuh Pemenang Oscars 2019, Rami Malek Menang Aktor Terbaik Menerusi Filem Bohemian Rhapsody

Anugerah Academy Awards ataupun turut dikenali sebagai Oscars Awards adalah anugerah berprestij  di Amerika Syarikat untuk menghargai sesebuah karya dan mereka yang  terlibat dalam dunia perfileman.

Advertisement

Diadakan di Dolby Theatre, Los Angeles, Oscars 2019 semalam, filem Bohemian Rhapsody mencatat kejayaan tersendiri apabila muncul sebagai filem dengan anugerah paling banyak.

Bohemian Rhapsody merupakan biopik mengenai kumpulan rock British popular iaitu Queen yang memfokuskan kepada penyanyi utamanya, Freddie Mercury yang meninggal dunia akibat penyakit AIDS pada tahun 1991. Filem ini berjaya memenangi kategori Film Editing, Sound Editing dan Sound Mixing.

Malah, pelakon utamanya Rami Malek yang memegang watak Freddie Mercury turut membawa pulang trofi bagi kategori Best Actor. Kemenangan Rami menepati ramalam dan berjaya menewaskan pelakon hebat lain seperti Christian Bale, Bradley Cooper, Willem Dafoe dan Viggo Mortensen.

Dalam pada itu, selepas 30 tahun, kali ini Oscars 2019 tidak mempunyai pengacara ataupun hos selepas pelakon komedi Kevin Hart melepaskan tawaran itu gara-gara kenyataannya yang berbaur kebencian terhadap golongan homoseksual diperkatakan semula dan menjadi kontroversi selepas beliau menerima tawaran tersebut.

Berikut senarai penuh pemenang Oscars 2019 :-

Best Picture: Green Book

Best Actor: Rami Malek – Bohemian Rhapsody

Best Actress: Olivia Colman – The Favourite

Best Supporting Actor: Mahershala Ali – Green Book

Best Supporting Actress: Regina King –  If Beale Street Could Talk

Best Director: Alfonso Cuaron –  Roma

Animated Feature: Spider-Man: Into the Spider-Verse

Animated Short: Bao

Adapted Screenplay: BLACKkKLANSMAN

Original Screenplay: Green Book

Cinematography: Roma

Best Documentary Feature: Free Solo

Best Documentary Short Subject: Period. End of Sentence

Best Live Action Short Film: Skin

Best Foreign Language Film: Roma – Meksiko

Film Editing: Bohemian Rhapsody

Sound Editing: Bohemian Rhapsody

Sound Mixing: Bohemian Rhapsody

Production Design: Black Panther

Original Score: Black Panther

Original Song: Shallow – A Star Is Born

Makeup and Hair: Vice

Costume Design: Black Panther

Visual Effects: First Man

Sumber Berita : The Guardian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...