Semalam Festival Filem Malaysi ke 28 telah berlangsung di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Seperti yang dijangkakan, filem Munafik  karya Syamsul Yusof menang besar didalam FFM 28.
Filem Munafik memenangi kategori utama iaitu Filem Nasional Terbaik (FFM28). Syamsul menerusi filem Munafik berjaya meraih anugerah Filem Terbaik Nasional dan Pengarah Terbaik.
Filem itu juga berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Penyuntingan Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.
FFM 28 dimeriahkan lagi dengan hos yang cukup kelakar iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad, kedua-duanya cuba sehabis baik untuk menghiburkan orang ramai.
Majlis turut diserikan dengan persembahan artis ternama Malaysia seperti Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Tomok, Aizat Amdan, Man Bai Bunkface, Dewi Seriestha,  Back To Basixx, Maman dan Ernie Zakri.
Berikut senarai penuh pemenang di FFM 28 :-
Filem Box Office: Polis Evo
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)
Pelakon Kanak-kanak Terbaik: Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)
Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit)
Sinematografi Terbaik: Haris Hue Abdullah (Polis Evo)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crossley (Mat Moto-Kami Bukan Mat Rempit)
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Adam Shahz (Juvana 2- Terperangkap Dalam Kebebasan)
Pengarah Baharu Terbaik: Shanjhey Kumar Perumal (Jagat)
Lakon Layar Terbaik: Bea Tanaka (Nota)
Anugerah Khas Juri: Ola Bola
Anugerah Khas Juri: Polis Evo
Anugerah Khas Juri: The Kid from The Big Apple
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Langit Cinta)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Hussain
Filem Cereka Animasi Terbaik: Boboiboy The Movie
Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda
Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim
Karyawan Sepanjang Zaman: Tuan Haji Deddy M Borhan
Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof
Filem Terbaik Malaysia FFM28: Jagat
Filem Terbaik Nasional FFM28: Munafik