Setiap tahun, pengumuman senarai 30 buah lagu yang bakal berentap di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) acap kali memberi debaran hangat buat para peminat muzik tanah air.
Namun segalanya kini terjawab apabila senarai lagu yang layak bertanding di pentas SFMM35 telahpun didedahkan.
SFMM35 kali ini akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula Jumaat, 20 November sehingga Ahad, 22 November.
Lebih menarik, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pentas SFMM35 akan berlangsung tanpa penonton.
Jadi, berikut merupakan lagu-lagu yang akan berentap di minggu pertama SFMM 35:
Sembah – Naim Daniel ft Man Kidal
Canggung – Wany Hasrita
Kelabu – Yonnyboii & Azlan The Typewriter
Sebentar – Dayang Nurfaizah
Adakah Engkau Menungguku – Naim Daniel ft Tuju K-clique
I Want You To Love Me – Alif Satar
Takkan Merubah – Sufian Suhaimi & Amira Othman
Khayal – Stacy
Gundah – Ernie Zakri
Curang – Syamel
Hati – Hael Husaini
Manakala pada minggu 2 pula, 11 lagi lagu akan dipertandingkan yang terdiri daripada:
Sakit – Zynakal ft Yonnyboii
Peluang Kedua – Nabila Razali
Gila – Kaka Azraff, Noki & Loca B
Panggung – Apex Tajudin
Kau Sakiti – Amir Masdi
Tentang Rahsia – Judika & Shila Amzah
Bicara Rasa – Ariff Bahran & Sarah Suhairi
Takdir Tercipta – Hafiz Suip & Adira
7 Nasihat – Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo & Luca Sicta
Hutang – Floor 88
Aku Bidadari Syurgamu – Datuk Seri Siti Nurhaliza
8 lagu lagi akan bertanding pada minggu ketiga:
Hello – Ismail Izzani & Andi Bernadee
Eh – Zizi Kirana
Semalam – Aina Abdul
Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah
X Missing You – Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Tuju & Yonnyboii
Takkan Terlerai – Syamel & Ernie Zakri
Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter
Aku Kau Dan Muzik – Akim & Stacy
Jelaslah untuk SFMM35 ini, nama-nama besar dalam industri muzik seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan 2 buah lagu, Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Stacy, dan Shila Amzah turut tersenarai buat musim kali ini.
Untuk rekod, SFMM merupakan pusingan kelayakan yang bakal membawa lagu yang terbaik bertanding ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Malah, ia juga bertujuan mengangkat hasil seni komposer dan penerbit lagu.
Sumber: mStar