April 12th, 2009

senarai pemenang abpbh2008

Penat kami bersengkang mata untuk memberikan keputusan terkini dan senarai pemenang ABPBH 2008 untuk anda semua. Secara ikhlasnya, majlis anugerah ABPBH 2008 ini sangatlah membosankan. Boleh baca artikel ini untuk melihat keputusan senarai pemenang ABPBH 2008.

Lawak pengacara majlis terutamanya Adlin memang gagal diterima oleh kami. Sungguh tak lawak sekali. Kami cuba menggagahkan diri nak gelak tapi tak mampu. Nasib baik ada Abang Jamal yang buat persembahan penuh mantap.

Apa pun tahniah kepada Nabil kerana membolot 3 anugerah sekaligus. Tapi yang kami panas hati tue selamba je dia peluk Irma Hasmie. Kamu tue belum kawin dengan dia lagi. Dan takkanlah tak tahu semua kamera tengah fokus kat diri anda.

Kami cuma risau nie Nabil kena kondem dengan media-media hiburan. Nama pun tengah naik tapi takut sebab aksi peluk Irma Hasmie ini akan menjatuhkan nama Nabil. Apa-apa pun harap lepas ini lebih berhati-hati ya.


Comments are closed.

Loading...