Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid menyatakan senarai tempat awam yang diwajibkan bagi pemakaian pelitup muka.
Ia bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut. Antara kawasan awam yang disenaraikan termasuklah:
- Masjid, surau dan rumah ibadat
- Majlis sosial
- Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah
- Hospital dan klinik
- Pasar awam dan pasar tani
- Pawagam
- Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak
- Restoran
- Bengkel
- Kedai gunting rambut dan salun kecantikan
- Pusat hiburan keluarga
- Mana-mana tempat awam yang sesak.
Kerajaan sebelum ini telah menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.