Pelakon Ben Amir yang kini sudah mencecah umur 30-an ada memberitahu bahawa dia masih belum menemui wanita yang memiliki ciri-ciri idaman dan sesuai untuk dijadikan kekasih.
Pelakon drama Sang Pewaris itu berkata, ciri-ciri wanita idaman dirinya adalah seseorang yang boleh mengenepikan ego untuk hidup bersama dengannya.
View this post on Instagram
Ujar pemilik nama sebenar Muhammad Amir Sabaruddin,31, ini lagi, dia masih belum berjumpa dengan wanita idamannya itu.
“Saya nak cari perempuan yang boleh ketepikan ego, ketepikan pandangan sendiri atau yang boleh membuat saya mendengar nasihatnya, mungkin dialah wanita yang tepat itu. Tapi setakat ini saya tak jumpa siapa-siapa lagi, belum lagi..”
Ketika ditanyakan mengenai status wanita idaman sama ada orang biasa atau rakan artis, ujar Ben dia hanya menyerahkan perkara itu kepada takdir.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sekitar awal tahun lalu, Ben pernah digosipkan dengan penyanyi Daiyan Trisha apabila tersebar foto mereka sedang menikmati sarapan pagi bersama-sama di sebuah restoran.
Namun begitu, dia tampil menafikan dakwaan itu dan memberitahu bahawa perhubungan mereka tidak lebih daripada hanya kawan baik.