Senarai Barang Yang Dikecualikan Daripada SST

Trending

Senarai Barang Yang Dikecualikan Daripada SST

SST Telah Kembali Dilaksanakan

Majoriti barangan akan dikecualikan cukai dalam pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan semula, 1 September depan.

Advertisement

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam, berkata melalui SST, jumlah barangan dikenakan cukai akan berkurangan berbanding pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Pelaksanaan SST jauh lebih mudah daripada GST. Jika sebelum ini kita berjaya melaksanakan GST, maka tiada sebab untuk kita tidak dapat melaksanakan SST.”

Namun begitu, tidak semua barangan yang akan dikenakan cukai. Sardin dalam tin, mee segera, dan barangan makanan diproses lain antara barangan yang akan dikecualikan cukai di bawah pelaksanaan semula SST.

Barangan berkenaan sebelum ini dikenakan cukai di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikritik Pakatan Harapan menyebabkan kenaikan kos sara hidup.

Dalam pada itu, barang yang sudahpun dikecualikan cukai di bawah GST seperti daging segar dan beku, tetap akan dikecualikan cukai.

Guan Eng turut mengumumkan berita baik buat para nelayan dan petani dimana pembelian bot, traktor dan baja juga akan dikecualikan daripada SST.  Ini antara barangan dan servis yang akan dikecualikan SST.

Produk tenusu, kopi, teh dan juga bijirin adalah barangan yang tidak dikenakan SST.

Antara perkhidmatan yang akan dikenakan cukai di bawah SST termasuklah :

    • Penginapan dan Hotel
    • Insurans
    • Makanan
    • Elektrik
    • Kelab
    • Perjudiaan
    • Perkhidmatan telekomunikasi

Untuk maklumat lanjut anda semua boleh ke portal ini untuk meneliti barangan-barangan yang di kecualikan cukai menerusi senarai yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kastam.

Sumber : Deenamik Blog

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...