Bila berbicara soal poligami dan beristeri lebih daripada satu, kebanyakan wanita bergelar isteri sukar untuk menerimanya kerana enggan berkongsi kasih sayang dan cinta.
Namun begitu, ada juga yang reda dan ikhlas menerima kehadiran orang baharu dalam rumah tangga, malah meraih bahagia daripadanya.
Justeru itu, kami ingin kongsikan senarai artis yang mengamalkan hidup berpoligami dan turut berbahagia bersama insan-insan tersayang.
1. Salih Yaacob
Pelakon dan penyanyi ini sememangnya dikenali dengan kehidupan poligaminya yang memiliki empat orang isteri iaitu Noraha Hamat (bercerai), Norlizah Mamat, Norfarawahida Sulaiman dan Samihah Syeikh Ali.
Salih Yaacob yang kini bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isterinya turut dikurniakan 13 orang anak hasil daripada perkahwinan dan juga 6 orang cucu.
2. Zarina Zainuddin
Pelakon versatil Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar pada usia 22 tahun dan masih bergelar isteri kedua sehingga kini.
Tidak terlalu terbuka ketika menceritakan hal peribadi dan rumah tangga, Zarina kini bahagia dengan kehadiran 4 orang anak hasil daripada perkahwinan itu.
Malah, Zarina mendedahkan bahawa dia sendiri bertemu isteri pertama suaminya, Datin Seri Noorhashimah Mohd Noor untuk memohon restu.
Alhamdullilah, apa yang saya lakukan itu memberi kebahagiaan buat kami sekeluarga. Sudah 25 tahun, hubungan saya dan madu sentiasa dalam keadaan baik.
3. Ashraf Muslim
Meskipun dirinya pernah menjadi kecaman hebat ketika memaklumkan sudah beristeri dua, pelakon Ashraf Muslim kini dilabel sebagai ‘ikon poligami’ kerana tampil bahagia bersama dengan kedua-dua isterinya.
Ashraf pernah menggemparkan industri hiburan tempatan apabila dia bernikah dengan wanita pilihannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013.
Manakala dengan isteri pertama, Ashraf dan Noor Dayana telah mendirikan rumah tangga di Tanah Suci Mekah pada 30 Ogos 2011.
4. Rahim Sepahtu
Siapa tidak kenal pelawak terkenal Rahim Sepahtu yang dikenali sudah beristeri dua.
Rahim bernikah dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Lily sekitar dua tahun yang lalu dan turut meluahkan rasa syukur kerana isteri pertama, Norazlin sanggup berkongsi kasih sayang bersama madu.
5. Salima Akademi Fantasia
Penyanyi kelahiran realiti TV Akademi Fantasia, Salima turut bergelar isteri kedua kepada pendakwah Ustazah Syed Abd Kadir pada 30 November 2013 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak.
Kata Salima, hubungannya bersama isteri pertama berada dalam keadaan baik dan sering bertukar-tukar hadiah dan makanan apabila bertemu.
Akuinya, hubungan cinta bersama suaminya hanya terjalin selepas nikah dan dia juga turut mengagumi keperibadian suaminya dalam mengendalikan rumah tangga.