Senarai 18 Kereta Terbaik Tahun 2017 Pilihan Rakyat Malaysia Yang Diiktiraf Oleh iCar Asia

Automotif

Senarai 18 Kereta Terbaik Tahun 2017 Pilihan Rakyat Malaysia Yang Diiktiraf Oleh iCar Asia

Dilabel sebagai anugerah Oscar bagi industri automotif, iCar Asia People’s Choice Awards sekali lagi memberi pengiktirafan istimewa buat jenama pengeluar kereta bagi tahun 2017.

Advertisement

Dihoskan oleh iCar Asia iaitu selaku portal automotif nombor 1 di ASEAN, majlis gilang gemilang ini meraikan pemain industri automotif terbaik.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Ekskutif iCar Asia, Hamish Stone, pihaknya berasa teruja dan berbangga kerana menjadi paltform kepada anugerah yang sangat berprestij tinggi ini.

“Peranan kami bukan sahaja menjadi sumber atas talian yang paling dipercayai untuk kereta baharu dan juga terpakai, malah kami juga mahu menyediakan platform buah memperkenalkan pengeluar kereta atas dedikasi luar biasa mereka dalam industri,” katanya.

Ini adalah tahun ketiga iCar Asia menjadi ‘tuan rumah’ kepada acara hebat ini.

Namun yang istimewanya, bagi tahun 2017 merupakan tahun pertama yang memperlihatkan kesemua 18 pemenang dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia. Netizen telah pun menjalan proses undian secara online pada 12 Oktober hingga 1 November lalu.

Berikut adalah senarai 18 pemenang yang telah menarik perhatian rakyat Malaysia :

1. Compact Hatch: Honda Jazz
2. Mid-range Hatch: Mazda3
3. Premium Hatch: Mercedes-Benz A-Class
4. Budget MPV: Honda BR-V
5. Mid-Range MPV: Toyota Innova
6. Premium MPV: Toyota Vellfire
7. Compact Sedan: Honda City
8. Mid-Range Sedan: Honda Civic
9. Family Sedan: Honda Accord
10. Premium Sedan: Mercedes-Benz C-Class
11. Premium Luxury Sedan: Audi A6
12. Crossover: Honda HR-V
13. SUV: Honda CR-V
14. Premium SUV: BMW X6
15. Performance Car: Ford Mustang
16. Pick-Up Truck: Ford Ranger
17. Green Car: Volvo XC90
18. Budget Car: Perodua Myvi

Acara gilang gemilang ini telah mendapat tajaan daripada Michelin dan juga Regal Valet.

Sumber : CARI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...