Senarai 18 Harga Barangan Terkawal Semperna Ramadhan

Trending

Senarai 18 Harga Barangan Terkawal Semperna Ramadhan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mengingatkan para peniaga agar mematuhi skim kawalan harga sempena Aidilfitri yang akan mula berkuat kuasa dari 20 Julai hingga 5 Ogos dan membabitkan 18 jenis barangan.

Advertisement

Peniaga yang gagal mematuhi skim ini akan dikenakan tindakan tegas, katanya.

Antara barangan yang dimasukkan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur ayam, cili merah, kelapa dan bawang merah serta ikan kembung.

Sementara itu kempen penurunan harga yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Jan lepas, berjaya menarik 178 pasar raya dengan 1,089 cawangan di seluruh negara setakat ini.

Hasan berkata kempen itu yang bertujuan meringankan beban yang ditanggung pengguna akibat kenaikan harga barangan melibatkan sehingga 4,000 produk.

Kempen itu menawarkan penurunan harga antara 10 dan 70 peratus, katanya kepada pemberita selepas melawat pasar raya Tesco Seremban 2.

ayam hidup
ayam standard
ayam super
daging lembu tempatan
daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja)
daging kerbau import
telur ayam gred A, B, dan C
cili merah
tomato
kelapa biji
kelapa parut
bawang merah kecil (India)
bawang besar import
bawang putih (China)
ubi kentang import (China)
kacang tanah
ikan kembung (berat antara tujuh hingga 10 ekor sekilogram)
ikan mabung (berat antara tujuh hingga 10 ekor sekilogram)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...