Akhirnya setelah sekian lama menanti, rancangan kegemaran Abang Nara iaitu GegarVaganza akan kembali untuk musim keempat. Boleh tahan juga senarai peserta-peserta yang terlibat untuk GegarVaganza 4 (GV4) ini. Semuanya memang otai-otai dan cukup popular satu ketika dahulu. Tak sabar rasanya nak melihat persembahan mereka setiap minggu bermula 29 Oktober kelak.
Memeriahkan lagi GV4 kali ini kehadiran 2 penyanyi daripada negara jiran kita iaitu Ferhad dari Singapura dan juga Firman Siagian dari Indonesia. Selain itu peserta-peserta lelaki yang lain ialah Aqasha, Lan Kristal, Hazami serta Tia Jinbara. Sementara itu peserta perempuan pula menampilkan Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura. Fuh!!! Memang bukan calang-calang kesemuanya. Serius ini akan menjadi satu pertandingan yang hebat.
Tak sabar rasanya nak bergelak ketawa melihat kelibat Nabil Ahmad, Jihan Muse, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim setiap minggu. Serius Abang Nara teruja. Korang pula macam mana? Dah ada peserta feveret ke? Kongsikan di ruangan komen.