September 19th, 2018

Seperti biasa setiap tahun pasti ramai yang menantikan program Gegar Vaganza, pada awalnya ada juga yang tertanya kenapa tahun ini promosinya tidak sehangat seperti tahun-tahun sebelum ini? Peminat tegar mula kecewa mungkinkah musim seterusnya tidak akan diteruskan?

Setelah sekian lama menanti, akhirnya hari ini pihak Astro mengumumkan Gegar Vaganza akan kembali untuk musim kelima.

Bakal bersiaran bermula 30 September ini, senarai peserta yang terlibat untuk GV 5 boleh tahan hebatnya. Buat pertama kali juga, program itu menampilkan kelainan apabila mengetengahkan penyanyi berkumpulan sebagai peserta iaitu Elite, Forteen dan duo, Billy Zulkarnain yang pastinya akan memberikan persaingan yang hebat terhadap peserta solo.

Antara artis lain yang bakal menggegarkan pentas GV 5 ialah Hetty Sarlene, Farahwahida, Noryn Aziz, Dia Fadila, Safura Yaacob, Maya Matahari ,Amelina,  Zamani (Slam) serta Shafie (Rio). Memang bukan calang-calang kesemuanya.

Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih kekal sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.

Wow, memang teruja betul kami ingin melihat persembahan daripada kesemua peserta, korang pula macam mana? Siapa peserta kegemaran korang?

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Astro Gempak & Hlive


80 responses to “Senarai 12 Peserta Gegar Vaganza 5 Diumumkan, Kemunculan Zamani, Elite Dan Amelina Buat Peminat Teruja”

  1. fit says:

    i nk tnya.. maya matahari ada lagu ke

  2. Anonymous says:

    Dato Alif jngan jemput Sajat yer…lucah..

  3. Jjay says:

    Pengacara Nabil dan Jihan tu selalu buat lawak bodoh,lawak kurang ajar ,lawak membahan tok ram,membahan peserta,kutuk kekurangan orang.
    **Aku lagi suka tengok pengacara Big Stage,Aliff Satar dan Sherry Alhadad. Cakap pun tak berebut,mengacara dengan teratur,tak membahan peserta dan juri2 profesional.Aku suka Sherry semasa mengacara live ,selalu buat kelakar .Yg penting tak membuat lawak menghina orang lain .

  4. Hi all, here every person is sharing such familiarity, so it’s nice to read this website,
    and I used to go to see this blog every day.

  5. mama bawang says:

    elite tu watie x join ke?

Loading...