Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar, Faizul Sany, Zahid , Faizal, Adam & Firman Antara Yang Tersingkir

Akhirnya, para peminat program realiti Akademi Fantasia telah pun mengetahui senarai 12 peserta akhir yang bakal berentap di dalam konsert mingguan AF Megastar. Keputusan ini telah diumumkan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi pada penghujung konsert yang telah berlangsung di Royal Theater Shah Alam semalam. Untuk makluman, 12 peserta ini telah dipilih daripada 24 penyanyi yang bersaing. Fuh, confirm para juri pening kepala nak buat pilihan.

akademi fantasia

Advertisement

12 bintang yang yang telah dipilih untuk beraksi di AF Megastar ialah Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal. Pemilihan ini telah dilakukan oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri jemputan, Ziana Zain. Sementara itu mereka yang tersingkir adalah Rosma, Adam, Firman, Faizul Sany, Anding, Nubhan, Faizal, Aril, Ara, Mila, Amylea Azizan dan juga Zahid. Rata-rata mereka yang terpilih adalah penyanyi muda dan generasi baru.

af megastarTahniah diucapkan kepada 12 peserta yang telah dipilih. Good luck dan all the best diucapkan. Semoga dengan kemasukan anda ke AF Megastar akan menyerlahkan kembali bintang anda. Konsert AF Megastar disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135) setiap Ahad, jam 9 malam.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top