Written by AbangNara | November 24th, 2013

Salah satu pertandingan muzik yang dinanti-nanti ramai iaitu Anugerah Juara Lagu akhirnya hampir tiba. Pertarungan sengit untuk menentukan 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu edisi ke 28 (AJL28) telah pun tamat. Secara jujur, kesemua lagu yang bakal berentap di AJL28 pada 26 Januari 2014 hebat-hebat belaka.

ajl28

Berikut ialah senarai lagu-lagu yang layak ke AJL28:-

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

ajl28

Seperti biasa Abang Nara akan buat ramalan keputusan apabila AJL28 kelak semakin hampir. Namun sekali pandang, persaingan sengit antara Black dan Hafiz pasti akan berlaku untuk perebutan Vokal Terbaik. Untuk juara AJL28, kemungkinan lagu Kau Yang Terindah dapat membuat kejutan. Nantikan ramalan daripada Abang Nara kelak. Buat masa ini, apa kata anda mengenai 12 lagu yang terpilih kali ini?

123 responses to Senarai 12 Lagu Yang Akan Bertarung Di Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL28)

  1. Mr K says:

    Ingat,Juara Lagu bukan terikat pada penyanyi atau kesedapan lagu pujaan ramai tapi AJL merangkumi lagu,lirik,susunan muzik & kriteria lain yang hanya juri yang tahu.Jangan fikir lagu sedap dengar,peminat ramai suka,duk tangga teratas semua carta lagu kat Malaysia berminggu minggu dah layak jadi juara AJL.Totally wrong!

  2. Mr K says:

    Lagi menarik buat masa skrg beb…..
    juara- kau yang terindah
    naib juara – penglipulara
    ketiga – bahagiamu deritaku
    vokal – kau yang terindah
    persembahan – bosan
    ataupun yng ni….
    Persembahan Terbaik-Stacy(hands-down!!!!!!)
    Vokal Terbaik mmglah Alyah vs Hafiz…..Alyah skrg masih lagi mendahuluinya….
    Tempat 3-Bosan atau Kalau Aku Kaya
    Naib Juara-Penglipurlara
    JUARA-Kau Yang Terindah
    atau
    Persembahan Terbaik-Stacy
    Vokal Terbaik-Black
    Tempat 3-Bahagiamu Deritaku(trus-trus Tempat 3 sbagai hat-trick sbyk 3 kali beb!!!)
    Naib Juara-Surprise!!!Ikut Rentakku….(mmglah unpredictable…)
    Juara-Kau Yang Terindah(LAGI UNPREDICTABLE)
    pelbagai kejutan pasti berlaku..jangan lupa lagu bukan pilihan pasti menjadi spekulasi dan kejutan…..

  3. Mr K says:

    Bang Beautiful Nara…….Aku nantikan ramalan rasmi dri ko,dn ko kata Alyah akan diramalkan jadi juara AJL 28 ye????
    Kalo cam tu,aku betul-betul teruja beb!!!!!!!
    Please,kluarkan ko punya ramalan AJL 28 dlm masa terdekat seblum 26 Januari nanti…Hari ni(Rabu) ke besok(Khamis) ke lusa(Jumaat) ke Sabtu pun….Pls…..Sampai tengahari pun cukup laaa….
    Ungkapan….. “Namun sekali pandang, persaingan sengit antara Black dan Hafiz pasti akan berlaku untuk perebutan Vokal Terbaik. Untuk juara AJL28, kemungkinan lagu Kau Yang Terindah dapat membuat kejutan. Nantikan ramalan daripada Abang Nara kelak.”

  4. Mr K says:

    Terbaru……..
    Juara Lagu Ke 28
    ALYAH – KAU YANG TERINDAH
    Naib Juara Lagu Ke 28
    HAFIZ – BAHAGIAMU DERITAKU
    Tempat Ketiga Juara Lagu 28
    BLACK – TAKKAN TERPISAH
    Persembahan Terbaik
    ALTIMET FT. AWI RAFAEL – KALAU AKU KAYA
    Vokal Terbaik
    HAZAMA – PENGLIPUR LARA

  5. rahim roy says:

    penglipurlara dari hazama boleh menang mlm nih….cantekkk!