“Senang Tidur, Lambat Bercakap” – Membesar Macam Normal, ‘Parents’ Tak Sangka Anak Ada OKU Pendengaran Sejak Lahir

Kehidupan

“Senang Tidur, Lambat Bercakap” – Membesar Macam Normal, ‘Parents’ Tak Sangka Anak Ada OKU Pendengaran Sejak Lahir

Sebuah perkongsian daripada wanita ini mengenai anak lelakinya mungkin akan membuka mata ibu bapa di luar sana untuk lebih peka dengan perkembangan anak masing-masing semenjak dari bayi.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Nabielah Ramlan ini, anaknya Amsyar Durrani yang terlihat seperti kanak-kanak biasa rupa-rupanya menghidap penyakit berkaitan pendengaran yang dikenali sebagai ‘profound hearing loss’.

Advertisement

Kata Nabielah, Amsyar tidak mampu untuk mengesan sebarang bunyi di kedua-dua belah telinganya meskipun tidak menunjukkan tanda-tanda yang ketara mengenai penyakit itu.

Amsyar sejak baby lagi sangat mudah untuk tidur dan langsung tidak terganggu dengan apa-apa bunyi. Kami fikir itu normal, mungkin dia jenis tak sensitif terhadap bunyi.

Namun apabila semakin membesar, Amsyar tidak memberi respon apabila namanya dipanggil dan ketika ‘check-up’ klinik, doktor berkata perkembangannya juga baik.

FacebookSumber : Facebook  

Dia dan suami kemudian mengambil keputusan untuk membawa Amsyar melakukan pemeriksaan lebih lanjut pada tahun lalu bagi merungkai permasalah yang sebenar dialami anak keduanya itu.

Maka setelah melalui ujian demi ujian, sahlah anak kami Amsyar Durrani rupa-rupanya langsung tidak berkeupayaan untuk mendengar sebarang bunyi pun.

Berikutan itu, Amsyar yang juga mengalami masalah ‘speech delay’ perlu menjalani terapi audio dan ‘speech’ di hospital hampir setiap minggu.

Nabielah dan juga suami turut disaran oleh pakar untuk memakaikan anak mereka dengan hearing aid dan sedang mengumpul dana sebanyak RM120,000 bagi tujuan pembedahan ‘cochlear implant’ di telinga Amsyar.

Advertisement

Reda dengan ketentuan Ilahi, kedua ibu bapa Amsyar ini berharap agar si kecil itu dapat mendengar dan bercakap seperti kanak-kanak lain meskipun lambat, asalkan mempunyai perkembangan yang positif.

Bagi yang ingin menyumbang dana, bolehlah menghubungi Nabielah di talian 018-3806728 ataupun suaminya 013-2721623.

TikTok
5 hari lalu

(VIDEO)"Bahayanya.." - Bini Mengidam Oyster 'Fresh', Suami Sanggup Redah Air Laut Pasang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...