“Senang Kerja Photographer” – Tak Dapat Hadir Majlis Kahwin Kawan Sebab Kuarantin, Pemuda Cetak Gambar Sendiri

Kehidupan

“Senang Kerja Photographer” – Tak Dapat Hadir Majlis Kahwin Kawan Sebab Kuarantin, Pemuda Cetak Gambar Sendiri

Tular di laman TikTok video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Adzrif Sidek apabila rakannya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan dek kerana sedang menjalani kuarantin di rumah.

Menerusi video tersebut, difahamkan rakannya itu terkena wabak Covid-19 namun masih ingin ‘memunculkan diri’ ketika majlis berlangsung.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila rakannya itu mencetak gambar dirinya bagi menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

board

Senang kerja photographer, tak payah photoshop.

Malah, gambar cetakan itu turut dibawa sehingga ke atas pelamin bagi sesi bergambar secara berkumpulan bersama kawan-kawan lain yang turut hadir ke majlis itu.

Sehingga kini, video itu telah meraih 479K tontonan, 77.1K tanda suka, dan 1.05K komen di laman TikTok.

@adzrifsidek

Senang kerja photographer, tak payah photoshop ?????

? Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan perkongsian video tersebut yang disifatkan sebagai idea yang kreatif.

“Rasa kesian at the same time rasa lawak,” tulis seorang netizen.

“Tiba-tiba dapat idea. Kalau pasangan kita tengah kuarantin time kenduri. Boleh buat gini. Hahaha,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu teman anak lepak dengan kawan
3 years ago

"Sporting Betul!" - Anak Bawa Mak 'Lepak' Dengan Kawan, Tapi Buat-Buat Tak Kenal Asalkan Dapat Teman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...