Tindakan satu keluarga di Terengganu ini membuka mata kita bahawa sebenarnya mencari dan mendapat pahala itu sememangnya mudah.
Tular di media sosial kebaikan yang mereka lakukan terhadap ramai orang yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang melampau ketika pulang beraya di Pantai Timur.
Mereka membuat keputusan untuk menawarkan tandas di rumah untuk digunakan secara percuma kepada sesiapa yang mahu membuang air.
Kata salah seorang ahli keluarga itu, Siti Noranis Sakarnor, idea itu dicetuskan oleh abangnya, Muhammad Hafiz selepas beberapa orang awam singgah dan bertanya jika mereka boleh menumpang tandas.
Difahamkan, laluan di depan rumah mereka ialah jalan pintas yang digunakan untuk balik ke Kuala Lumpur dan pada hari Sabtu kesesakan itu berlarutan sehingga 11 malam.
Sampai tak bergerak kereta mereka. Ada yang datang rumah bertanya surau jauh lagi ke sebab mereka nak ke tandas. Surau jauh lagi, stesen minyak pun 2km, jadi abang saya cadang kami tumpangkan tandas.”
Kebaikan mereka sekeluarga dipuji ramai warganet di media sosial dan mendoakan agar apa yang mereka lakukan itu menjadi asbab urusan dipermudahkan di masa akan datang.
Dalam pada itu, sesetengah netizen berpendapat apa yang keluarga ini lakukan boleh menjadi ikutan ramai keluarga lain.
BACA: