Written by Irsa | November 29th, 2019

 

kwc fashion wholesale

Dalam sehari, mesti akan ada je benda yang buat kita stress kan? Tipu lah kalau cakap korang tak pernah rasa stress dalam seumur hidup. Ada yang stress dengan kerja, pasangan, kawan tak bayar hutang, macam-macam lagi lah. Jadi, biasanya kalau stress tu, apa yang korang buat?

Makan lah, apa lagi!

kwc fashion wholesale

Ini benda yang paling common sekali yang semua orang akan buat. Bila stress, ramai yang suka makan. Kadang-kadang tu bukannya makan sebab lapar, tapi setakat nak lepaskan geram dengan masalah korang tu je. Tapi kalau makan banyak-banyak, berat naik dan lagi bertambah stress! Senang cerita, memang tak menjadi.

Karaoke sampai pengsan!

kwc fashion wholesale

Tak dinafikan, ini pun salah satu cara hilangkan stress yang selalu dibuat oleh kita semua. Nyanyi sekuat hati untuk lepaskan tekanan! Jerit sekuatnya sampai suara hilang, sakit tekak. Bila dah sakit tekak, terpaksa lah ambil mc tak boleh buat kerja. Bila dah cuti, kerja dekat office berlambak tak siap, lagi bertambah stress!

Shopping baju baru

kwc fashion wholesale

Berapa ramai antara kita yang selalu habiskan duit hanya sebab stress? Kononnya sambil nak release stress tu, sambil self reward untuk diri sendiri lepas penat seharian bekerja. Tapi kalau shopping banyak-banyak, duit habis. Macam mana? Haa.. jangan risau. Kalau shopping dekat KWC ni confirm takkan stress sebab semuanya murah-murah!

Apa itu KWC?

kwc fashion wholesale

KWC Fashion Wholesale ni sememangnya terkenal sebagai pusat membeli-belah borong yang pertama dan yang terbesar di Malaysia. Kalau sebut pasal KWC ni, memang ramai yang akan terbayang tempat membeli belah dengan pilihan yang banyak. Masalahnya, semua murah-murah pulak tu!

I LOVE FESYEN PADA HARGA BORONG

Ada banyak pilihan yang korang boleh pilih dari pilihan baju, seluar, skirt, tudung, aksesori dan banyak lagi lah. Mudah kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya tip top ada di KWC. Bayangkan, dengan RM200 je korang dah boleh beli sepasang outfit lengkap dengan aksesori pulak tu!

Ini antara pilihan aksesori yang korang boleh pilih!

 

Untuk yang nak gaya ‘chic’ boleh pilih aksesori warna hitamkwc fashion wholesale

 

Warna soft pink ni pun comel jugak!kwc fashion wholesale

Kalau ada dinner, boleh pakai yang bling-bling macam warna gold nikwc fashion wholesale

Yang bestnya, lagi banyak korang beli, lagi murah harga boleh dapat. Jadi, ini lah masanya untuk korang beli baju pergi annual dinner atau wedding memandangkan dah hujung tahun ni. Waktu ni lah ramai yang buat kenduri kahwin kan, takkan nak pakai baju sama je? Yang penting, fesyen Muslimah pun ada dan masih tetap bergaya.

Pilihan pakaian sopan tapi tetap #chantikBERGAYA

kwc fashion wholesale

Kalau korang nak kekal #chantikBERGAYA, dekat KWC pun ada banyak pilihan fesyen Muslimah yang ditawarkan. Jadi, korang jangan risau sebab fesyen Muslimah di KWC sangat up to date dan bergaya. Walaupun sopan tapi masih bergaya! Alang-alang korang nak terjah KWC tu, ni kami share sikit kedai apa yang best dekat sana nanti. Tak ada lah nanti korang terkebil-kebil tak tahu nak masuk yang mana satu nanti!

Fesyen Memori Lot G-25/3A-48 (Fesyen Muslimah)

kwc fashion wholesale

Mari Beli Butik Lot 2-47 (Glam dress)

kwc fashion wholesale

Big Eyes Lot 6-91 (Cermin mata)

kwc fashion wholesale

Laluna Lot 6-42 (Aksesori)

kwc fashion wholesale

T Fashion Lot G-19 (Beg tangan)

kwc fashion wholesale

Tasyanabilah Lot LG-41D (Tudung)

kwc fashion wholesale

Kalau korang nak tahu, tudung kalis air pun ada dijual di KWC!

kwc fashion wholesale

kwc fashion wholesale

Tudung ni memang wajib kena beli lagi-lagi untuk golongan mak-mak yang ada anak kecil. Kalau anak tertumpahkan air dekat tudung, tak payah nak risau dah! Yang bukan mak-mak pun kena beli, manalah tahu tertumpah air jugak kan. Alah, macam tak biasa.

Ini baru sikit je tau kedai yang kami share, sebab ada banyak lagi kedai yang korang boleh masuk dan tengok sendiri. Tips kami, korang mula shopping dari tingkat paling atas dan slow-slow turun ke tingkat bawah. Barulah takde tertinggal mana-mana kedai kan? Kalau tak, rugi lah korang!

Baru-baru ini jugak, empat pembaca bertuah Beautifulnara diberi peluang untuk proses make-over seperti selebriti terkenal tanah air. Yang menariknya, semua kelengkapan dari hujung rambut sampai hujung kaki dibeli dengan harga yang sangat berbaloi di KWC Fashion Wholesale! Kalau korang nak tengok macam mana mereka make-over gaya selebriti seperti Sherry Ibrahim, Daiyan Trisha, Bella Dally dan Hanez Suraya, tonton video di bawah.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang KWC Fashion Wholesale ni, jangan lupa ikuti mereka di laman Facebook dan Instagram. Kalau nak pergi website pun ada jugak di SINI Haa.. siapa yang nak #chantikBERGAYA tu, tunggu apa lagi? Cepat ajak kawan-kawan dan sedara mara korang serbu KWC Fashion Wholesale!

2 responses to Senang Je Cara Nak Hilangkan Stress! Ini Cara Boek Untuk Korang Ikut

  1. Kalau den dalam kereta pasang radio kuat sikitt karoks kuat-kuat hehe

  2. tukazziban says:

    Solat la yang terbaik.. lepak masjid ker…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini