“Senang Jadi Lelaki Macam Ni, Ambil Anak Dara Orang Lepastu..” – Netizen Mahu Aslam Tampil Mohon Maaf, Kasihan Lihat Abby Abadi Tanggung Beban

Hiburan

“Senang Jadi Lelaki Macam Ni, Ambil Anak Dara Orang Lepastu..” – Netizen Mahu Aslam Tampil Mohon Maaf, Kasihan Lihat Abby Abadi Tanggung Beban

Masih diperkatakan sehingga ke hari ini, isu melibatkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Aslam yang bernikah dengan seorang lelaki bergelar suami orang di Songkhla, Thailand.

Kisah anak Abby Abadi &. Norman Hakim masih jadi sorotan

Perkahwinan tanpa restu ibu bapa itu pastinya menjadi sorotan apatah lagi Abby Abadi secara terbuka ada berkongsi mengenainya di media sosial.

Advertisement

Namun, perkongsian atau luahan isi hati pelakon itu mengenai keterlanjuran anaknya telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan bekas suami Abby, pelakon Norman Hakim ada menegur tindakan aktres itu yang dikatakan seolah membuka pekung sendiri.

Ramai netizen tampil meluahkan rasa simpati terhadap Abby Abadi yang dilihat terpaksa menanggung segala kecaman dan menjawab segala spekulasi melibatkan anaknya, Marissa.

Netizen tertanya dimanakah Aslam?

Ada juga netizen yang menuntut lelaki di sebalik isu perkahwinan ‘senyap-senyap’ iaitu Aslam untuk tampil memohon maaf di atas segala kekecohan yang berlaku.

Kata netizen, tidak adil untuk keluarga pihak perempuan terutamanya si ibu Marissa menghadapi segala kekusutan seorang diri.

KomenX
KomenSumber : X  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman Hakim
9 months ago

"Sikap Anda Itu Cukup Mencerminkan Peribadi Sendiri" - Norman Hakim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...