Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai berita penceraian pemain bola sepak terkenal, Safee Sali serta pengakuannya mengenai sudah berkahwin satu lagi.
Abby Abadi bidas Safee Sali?
Susulan viral berita tersebut, pelakon Abby Abadi turut tidak ketinggalan untuk membahaskan hal tersebut dengan membidas pemain bola sepak itu.
Kata Abby, baru saja dia melihat perkongsiaan bekas isteri Safee yang memaparkan kebahagian keluarganya dan tidak sangka Safee kahwin dengan orang lain secara tiba-tiba.
Ambil mudah soal kahwin
Dalam pada itu, pelakon terbabit berkata mudah untuk lelaki zaman sekarang mengambil keputusan untuk berkahwin lagi satu ataupun bercerai tanpa memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul.
Ambil mudah je hal nikah kahwin, tak fikir ke kalau bercerai pun tanggungjawab masih ada.
Sekadar info, Safee Sali sebelum ini berkata pihak media bahawa tiada salah untuk mendirikan rumah tangga asalkan ia sah dan menepati syarak.