“Semudah Tu Je Peluk Peluk…” – Dapat Bergambar, Netizen Kecam Intan Najuwa Sambut Tangan Afgan Nak Bersalam

Hiburan

“Semudah Tu Je Peluk Peluk…” – Dapat Bergambar, Netizen Kecam Intan Najuwa Sambut Tangan Afgan Nak Bersalam

Kehadiran artis dari negara seberang, Afgan membuatkan ramai peminat wanitanya tidak keruan dan tidak melepaskan peluang untuk menghadiri konsert penyanyi itu.

Afgan sememangnya mempunyai ramai peminat dari Malaysia termasuklah selebriti yang turut ke konsert malah ada yang berpeluang untuk ‘meet & greet’ pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu.

Advertisement

PU Syed Afgan peluk
1 year ago

“Macam Takde Maruah” - Wanita Dikecam Peluk Afgan Di Konsert, PU Syed Beri Nasihat ‘Pedas’

Intan Najuwa antara salah seorang yang dapat berjumpa serta bergambar dengan penyanyi terkenal itu dan sudah tentu dia tidak lupa untuk merakamkan detik berkenaan.

Ramai peminat yang lain berasa cemburu dengan Intan kerana dikira beruntung dapat berjumpa secara berdepan dengan Afgan.

Bagaimanapun, sesetengah netizen mengkritik aktres itu kerana bukan hanya dipeluk oleh Afgan tetapi juga turut merangkul pinggangnya.

Kata netizen, tindakan Intan itu menunjukkan bahawa dia terikut-ikut dengan cara serta budaya Barat yang menyapa orang dengan berrpelukan.

Segelintir individu di TikTok dan Instagram menegur serta menasihati Intan agar menjaga batasnya dalam pergaulan sebagai seorang wanita Islam.

Semua komen untung, sebagai orang Islam, tolong jangan ketepikan halal haram yang Allah tetapkan. Kita perempuan tolong jadi mahal.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...