“Semuanya Musnah” – Mangsa Kebakaran Hiba Persiapan Aifilfitri Hangus Dijilat Api

Trending

“Semuanya Musnah” – Mangsa Kebakaran Hiba Persiapan Aifilfitri Hangus Dijilat Api

Disaat negara diuji dengan wabak penyakit Covid-19, keluarga ini pula harus memikul beban berganda apabila rumah mereka dilaporkan hangus terbakar.

“Walaupun hanya dibenarkan untuk menyambut Aidilfitri sehari saja, kami teruja untuk meraikannya dan semua persiapan sudah dibuat”

“Namun, semuanya musnah hari ini”

Advertisement

kata Zuria Tahir, seorang daripada mangsa kebakaran rumah di Kampung Masjid Balingian ini, seramai 17 penduduk di kampung berkenaan hilang tempat tinggal dengan tiga lagi rumah berdekatan hangus terbakar.

Zuria, 41, berkata hatinya luluh apabila musibah itu berlaku sehari sebelum menyambut Aidilfitri, namun dia reda dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu.

“Semuanya sudah kami siapkan untuk menyambut raya esok, Baju baharu, langsir, malah kek raya sudah disediakan”

“Kini semuanya lenyap dalam sekelip mata dan raya bagi kami juga seolah-olah sudah tiada makna lagi” 

Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian kebanyakan penduduk berada di luar rumah dan mereka hanya menyedari kebakaran apabila api sudah marak.

“Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa, namun bersyukur kerana semuanya selamat dan tiada kejadian tidak diingini berlaku”

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 9.15 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dikejarkan ke lokasi yang terletak 60 kilometer.

Pasukan bomba sukarela Balingian turut diarahkan bagi membuat tindakan awal di tempat kejadian sementara menunggu ketibaan jentera bomba dari Mukah.

Sebaik tiba, anggota bomba mendapati tiga rumah hangus terbakar, manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 10 peratus. Api pula berjaya dikawal sepenuhnya jam 10.20 pagi.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...