Pelakon veteran Delimawati yang sedang menjalani penggambaran sebuah drama terpaksa keluar dari homestay atau rumah penginapan di Kuala Kangsar, Perak kira-kira jam 3 pagi Ahad lalu.
Pelakon filem Hantu Kak Limah itu meluahkan rasa tersinggung apabila produksi mereka yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) turut terkena tempias gara-gara sikap tidak bertanggungjawab produksi lain hingga wujud kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan.
Delimawati, 63, berkata dia dan beberapa pelakon senior lain seperti Kazar, Mat Over, dan Rozie Othman yang turut terlibat dalam penggambaran drama tersebut terpaksa bertolak balik ke Kuala Lumpur pada pagi Ahad.
Kita duduk satu homestay dekat Kuala Kangsar, pukul 3 pagi ada yang ketuk-ketuk pintu. Saya terkejut juga, individu itu cakap kita semua kena keluar dan kena balik Kuala Lumpur sekarang.
Menurutnya lagi, semua produksi yang membuat penggambaran di Kuala Kangsar terpaksa dihentikan. Delimawati turut meluahkan rasa terkilan kerana industri kreatif baru sahaja dibenarkan untuk beroperasi namun sudah timbul isu pelanggaran SOP.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.