Baru-baru ini, usahawan sensasi, Datuk Seri Alif Syukri berpendapat bahawa lelaki yang mendirikan rumah tangga pasti akan berlaku curang dalam senyap.
Normal kalau lelaki berkahwin berlaku curang?
Dapat dilihat dalam klip video pendek di platform TikTok, usahawan terbabit berkata dia enggan menjadi lelaki atau suami yang bersikap hipokrit.
Katanya lagi, lelaki yang melayani gangguan orang ketiga ketika berumah tangga merupakan perkara normal.
Semua yang berkahwin mesti ada curang. Kalau setakat ada skandal, gangguan geli-geli, itu perkara biasa.
@athqahhh terkentut tak tu dato? HAHAHA comel betul suami isteri ni🤣 #alifsyukriterlajaklaris #fypp ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Shahida bidas kenyataan Aliff Syukri
Turut berada disisi, isteri Aliff iaitu Datin Seri Shahida membidas kenyataan suaminya dengan menyatakan sebuah perkahwinan adalah untuk saling lengkap-melengkapi antara suami dan isteri daripada setiap sudut.
Kalau kita cari yang sempurna, tidak akan jumpa. Kenapa wanita boleh terima kekurangan lelaki, tapi lelaki tak boleh?
Dalam pada masa yang sama, Shahida berkata tiada manusia yang sempurna tetapi perlulah menerima kekurangan pasangan demi kebahagiaan ‘masjid’ yang sudah dibina.