Personaliti media sosial, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail baru-baru ini mengumumkan bahawa dia tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.
Menurut Coco yang juga pernah meraih undi sebagai Calon Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bagan Serai menganggap politik penuh dengan golongan hipokrit dan menyifatkan segelintir pihak sebagai ‘syaitan’ bertopengkan manusia.
Saya tak bertanding malas. Semuanya potong tepi hipokrit. Semua setan bertopengkan manusia.”
Dalam pada itu, Coco juga meluahkan rasa kesal dengan sikap ahli politik yang sanggup melakukan segalanya untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk rakyat.
Takde maknanya perjuangkan rakyat. Semua sendiri. Sanggup jadi hijau, biru, merah semata-mata untuk kerusi.”
Tambahnya lagi, dia turut berasa kasihan dengan segelintir pihak yang bekerja keras menolong rakyat sebelum PRU tetapi hanya ‘kroni’ yang diutamakan untuk bertanding.
Bukan apa, ada yang kesian, bertahun-tahun buat sebelum PRU lagi dah tolong rakyat. Tup-tup tang kroni kau jugak kau pilih.”
Sekadar info, Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia akan diadakan pada 19 November 2022.