“Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua..” – Baby Shima Persoal Sikap Segelintir Pendakwah Bebas Yang ‘Diam Membisu’ Kes Da’i Syed

Hiburan

“Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua..” – Baby Shima Persoal Sikap Segelintir Pendakwah Bebas Yang ‘Diam Membisu’ Kes Da’i Syed

Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap segelintir pendakwah bebas yang hanya berdiam diri apabila ada kes melibatkan rakan mereka yakni Da’i Syed.

Keluhan Baby Shima itu sebagai respon kepada kenyataan Da’i Fuad yang bersimpati dengan nasib rakannya itu yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan merogol.

Advertisement

Amboi, kena geng sendiri semua pakat suruh diam. Bila geng dia buat hal, semua senyap sunyi masuk gua, buat-buat tak nampak.

Tak ada surat terbuka? Tak ada doa bala? Ada yang siap jatuh hukum neraka terus.

Tambahnya lagi, jika dia sendiri membuat hal atau selebriti lain, pendakwah bebas akan ‘laju’ membuat konten teguran dan dakwah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan keluhan Baby Shima namun ada juga yang merasakan Da’i Syed sudah menerima hukuman sewajarnya.

Terdahulu, Da’i Fuad berkata air matanya hampir gugur ketika mendengar keputusan mahkamah terhadap Da’i Syed yang terbukti bersalah memperkosa wanita lima tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ayah Dai Syed
2 months ago

"Kami Dah Letih, Hanya Mampu Beri Nasihat Yang Berhubung Dengan Dia Supaya Berhati-Hati, Terutama Wanita" - Ayah Da'i Syed

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...