Seorang peniaga di Seremban melakukan jualan khas untuk pakaian seragam sekolah dengan harga jualan semurah RM5 sehelai bagi meringankan beban ibu bapa yang ingin membuat persiapan anak ke sekolah.
Menurut peniaga tersebut, Mohd Faezli Khusssin, harga jualan khas semurah RM5 itu dapat direalisasikan kerana baju, seluar, kain samping dan tudung itu di ambil terus dari pembekal secara pukal di Tangkak, Johor.
Menurutnya lagi, perniagaan yang sama juga dijalankan di beberapa lokasi yang berbeza sebelum ini termasuk di Muar, Gemas dan Bahau.
Saya menjual pada harga lebih murah berbanding pasar raya bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan. Saya gembira dapat membantu mereka yang memerlukan
Ketika ditemui di Karnival Kesihatan Ampangan, Faezli menyatakan sebanyak 15,000 helai pakaian telah terjual dan kebanyakan pelanggan yang datang sangat berpuas hati dengan pakaian yang dibeli.
Siti Rozila Romly, 30, seorang pelanggan berkata usaha yang dilakukan itu mampu meringankan beban yang ditanggung kerana banyak duit yang perlu dikeluarkan selain untuk pakaian sekolah.
Dengan adanya jualan murah sebegini Rozita hanya membelanjakan separuh sahaja wang jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.