IKEA Malaysia mengesahkan bahawa semua rangkaian restoran, kafe dan bistro mereka di seluruh negara kini mendapat pengiktirafan halal secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pensijilan ini mengukuhkan lagi keyakinan pelanggan terhadap setiap hidangan yang disajikan, di samping mengiktiraf amalan halal yang sudah lama diamalkan di IKEA Malaysia.
Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, berkata prinsip halal telah menjadi sebahagian daripada panduan penyediaan makanan IKEA sejak hampir tiga dekad lalu.
Jelasnya pada Harian Metro pada majlis pengumuman pengiktirafan halal tersebut.
Segalanya bermula daripada pemilihan bahan-bahan halal, pematuhan piawaian penyediaan yang teliti sehinggalah larangan penggunaan bahan terlarang. Dengan adanya sijil halal rasmi ini, ia bukan saja mengekalkan piawaian kualiti dan keselamatan IKEA, malah memberikan ketenangan fikiran kepada rakyat Malaysia.
Beliau turut menekankan kerjasama erat dengan JAKIM dalam memastikan setiap aspek operasi dipatuhi, termasuk perolehan bahan, pengurusan dapur dan latihan kakitangan.
Menurut Malcolm, pengiktirafan ini bukan sahaja menepati janji IKEA untuk mencipta kehidupan lebih baik melalui kelengkapan rumah, malah menjadikan pengalaman menjamu selera di IKEA lebih inklusif, mudah diakses dan berpatutan.
Selain itu, IKEA juga komited memperkenalkan pilihan hidangan lebih lestari, mengurangkan pembaziran makanan dan menawarkan menu yang bukan sahaja sedap, tetapi baik untuk manusia dan alam sekitar.
Katanya lagi, pensijilan halal merangkumi keseluruhan operasi termasuk pengurusan premis dan pemahaman kakitangan terhadap status halal.
Saya sendiri terlibat secara langsung dalam proses pemeriksaan bersama JAKIM. Pengalaman ini sangat penting, bukan sahaja untuk komuniti di Malaysia, malah sebagai rujukan bagi IKEA di peringkat global dalam pasaran halal yang semakin berkembang.