Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila penampilannya yang kini tidak lagi berhijab menjadi bualan hangat, terutamanya selepas berkongsi beberapa gambar terkininya di media sosial.
Dalam foto yang dimuat naik ke Instagram, Mawar kelihatan sedang bermain tenis sambil mengenakan pakaian sukan berwarna putih yang agak ketat dan pendek. Penampilan itu nyata berbeza dengan imej Mawar ketika masih berhijab, dan ia menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan perubahan Mawar yang dilihat semakin berani bergaya seksi sejak membuka tudung.
Dulu sopan bertudung, sekarang dah buka tudung makin seksi pula. Kenapa makin jauh dari imej dulu?
Sayang tengok perubahan ni. Semoga Allah buka pintu hati semula.
Ni belanja badan je lebih ni, bukan nak main tennis sangat pun.
Malah, ada juga yang menyatakan bahawa imej Mawar seolah-olah jauh berbeza dari personaliti yang dikenali sebelum ini, apatah lagi beliau merupakan seorang ibu kepada tiga cahaya mata.
Di sebalik kecaman, masih ada yang tampil mempertahankan Mawar dan memuji keyakinannya.
Sesetengah peminat juga menganggap Mawar berhak menentukan cara hidup dan penampilannya selagi tidak melanggar batas secara keterlaluan.
Untuk rekod, Mawar sebelum ini pernah menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak lagi berhijab dibuat atas pertimbangan peribadi dan bukan disebabkan tekanan atau pengaruh luar. Namun begitu, imej terbarunya yang lebih terbuka tetap menjadi perhatian dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.