Siapa saja yang tidak kenal dengan personaliti media sosial trasngender Indonesia, Lucinta Luna yang sebelum ini sering membuat kontroversi ‘panas’ hinggakan netizen Malaysia turut menjadikan dia sebagai topik bualan.
Nekad nak berubah
Terbaru, melalui laman Instagram Lucinta, dia seakan-akan nekad mahu berubah dan menjadi seorang lelaki semula gara-gara menonton filem seram Siska Neraka.
Semua butuh proses untuk berubah menjadi lebih baik lagi..
View this post on Instagram
Bakar pakaian wanita yang dimiliki
Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik di Instagram, personaliti media sosial itu membakar koleksi bikini yang dimiliki olehnya, selain menderma sebahagian barang peribadi kepada badan amal.
Bahkan, dia turut mahu memberikan rambut palsu dalam simpanannya untuk didermakan kepada pejuang pesakit kanser.
Netizen doakan yang terbaik
Meninjau di ruangan komen hantaran itu, netizen kebanyakannya mendoakan agar Lucinta menerima hidayah daripada Allah SWT untuk berubah dan berharap perubahannya kali ini bukanlah sekadar mahu dapatkan perhatian.