Semua Pekerja Kafe Di Instanbul Ini Ialah Individu Sindrom Down

Trending

Semua Pekerja Kafe Di Instanbul Ini Ialah Individu Sindrom Down

Sebuah kafeteria di Istanbul menjadi tajuk utama akhbar kerana mengupah pekerja-pekerja yang mempunyai sindrom ‘Down’. ‘Down Cafe’ memiliki pekerja berusia dari 18 hingga 25, berhasrat memperkasakan mereka dengan keyakinan diri dan mampu untuk berdiri sendiri.
Down-Cafe-Istanbul1-550x310
Saruhan Singen yang mengasaskan kafe itu di daerah Sisli di Istanbul memberitahu dia mendapat inspirasi untuk mengusahakan kafe itu dari pengalamannya membesarkan anak perempuan dengan sindrom Down. Anaknya juga kini bekerja di kafe itu.
Down-Cafe-Istanbul2-550x384

Saya ada Sezil dan saya merasakan dia ialah anugerah buat saya bagi memahami orang lain yang juga dilahirkan dengan sindrom Down. Tidak ada peluang kerjaya yang meluas untuk mereka yang menghadapi masalah ini.

Down-Cafe-Istanbul3-550x437
Singen mendedahkan bahawa semasa kafe itu dibuka pada tahun 2011, perniagaan tidak begitu baik. Orang ramai teragak-agak untuk masuk apabila mengetahui tentang staf istimewa mereka, tetapi beberapa orang yang masuk sangat gemarkan suasana di dalam kafe itu walaupun terkejut pada mulanya. Tidak lama selepas itu restoran itu mula dipenuhi pelanggan yang sukakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kafe tersebut.

Saya rasa kafe ini juga membantu orang ramai membuang rasa prejudis terhadap orang kelainan upaya dan memberi peluang kepada individu sindrom Down untuk mengetengahkan bakat mereka. Mereka ingin bersama lebih ramai orang, mahu diterima oleh masyarakat dan mahu bakat mereka ditemui. Kerana itu kami memerlukan lebih penaja, terutamanya lebih pelanggan untuk menambah bilangan restoran seperti kafe Down.

Kini terdapat ibu-ibu yang menjalankan kerja sukarelawan membantu kami di dapur dengan memasak dan membasuh pinggan manakala bil kami dibayar oleh Sisli Municipality.

Kafe Down ialah projek usahasama Istanbul Foundation for Mentally Disordered People dengan Sisli municipality, ditaja oleh Alternative Life Association. Kafe ini dibuka dari 9.00 pagi – 5.00 petang setiap hari bekerja dan boleh memuatkan 40 orang pelanggan dalam satu-satu masa.

Penyertaan untuk Lantai Cilik 3 oleh The Pratama Family dari Kota Kinabalu, Sabah. #mysenibudaya #lantaicilik3 #penyertaanlantaicilik3 #lc3 #penyertaanlc3

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 5 July 2015

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...