memang bertuah betul Nora Danish ni, semua oranglah sayang kat dia. Keluarga ex-mertua pon sayang, keluarga sendiri makin sayang sebab bagi deorang cucu/anak buah yang comel, peminat pon sayang sebab Nora Danish makin hot. Yang tak sayang Nora Danish mungkin sorang aje..hehe.
“Saya tidak pernah sedih dengan kehidupan yang saya jalani hari ini. Malah saya bersyukur kerana ia semakin membahagiakan.
Kami rasa, ibu-ibu tunggal ni memanglah tabah dan kuat. Mungkin kerana dok tengok muka anak yang cute miut, takkanlah ibu-ibu tunggal nak menangis sama sebab ditinggalkan suami kan. Anak nangis, mak pon nangis..tak ke haru macam tu. So deorang pon menguatkan hati untuk berdikari. Demi anak-anak. Nak mengadu malam-malam pon dah takde tempat mengadu, tak cukup duit nak beli susu anak pon terpaksalah simpan sorang-sorang.
Bravo Nora Danish, dan juga ibu-ibu tunggal yang lain~~ hidup mesti diteruskan walaupon pahit. cewah. Kak Nara melaporkan dari bilik berita.