March 30th, 2020

Hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis menyuarakan isi hati mereka dengan meminta kerajaan menyediakan tabung khusus bantuan untuk penggiat seni yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup serba mewah kebanyakan artis dan ada juga yang mempersoalkan apakah sumbangan mereka sehingga perlu ada bantuan khusus.

khai rosma

Isu berkenaan turut mendapat perhatian bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama iaitu Khai dan Rosma.

Menurut mereka, artis patut diberi bantuan kerana sebelum ini sudah banyak menghiburkan rakyat Malaysia. Jika tiada artis, tiadalah rancangan hiburan dan tiada juga lagu-lagu raya berkumandang ketika Hari Raya.

semua orang lupakan artis bila artis memerlukan

Mereka sudah banyak berkorban untuk menghibur dan menggembirakan ramai, apa salahnya jika kali in mereka pula meminta bantuan.

Khai dan Rosma turut meluahkan rasa kesal apabila ramai pihak melupakan para artis ketika mereka memerlukan di saat getir ini.

artis bantuan kerajaan

Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam teruk gara-gara meminta kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis yang sebelum ini sudah banyak membantu negara. Rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.


21 responses to “Semua Orang Lupakan Artis Bila Artis Memerlukan – Khai & Rosma”

  1. Anonymous says:

    AK da bertahun x tgk tv….x mati pom??…apa laa luu …

  2. ian says:

    bila time artis beli keta setahun 1 setahun 1, bila artis g makan kat restoran berputar2, bila artis seminggu 2 minggu g bercuti kat oversea.. takde pn artis ingat kat rakyat marhean ni… ada rakyat yg telan air liur tgk segala kemewahan…
    tapi bila kerajaan bantu rakyat2 yg mcm ni kenapa artis2 bising ye? kalo berratus ribu boleh rugi sbb bercuti keluarga negara kenapa nk jeles kan kerajaan bantu 1k untuk rakyat2?
    orang lain keja sebulan dpt 2k, artis ada yg keja sehari dpt 1k… pelik le… bila time kalian bermewah2, rakyat komen korang marah ckp korang berusaha keras utk dpt segala apa yang korang nk… ada rakyat yg anak lebih dr 3 orang, parents dulu2 kan utk makan minum anak2… tak dinafikan ada je artis yang alhamdulillah membantu mereka yg dalam kesusahan, alhamdulillah… moga kalian murah rezeki.. moga ramai lagi artis yg rajin membantu.aamiin

  3. Anonymous says:

    Boleh blahhh la ko..boleh tahan juga mulut puaka khai ni…nmpk jek bodo2….tp sbenarnye puaka….dlu masa ko tgh popular….tgh masyuk buat duit tak igt…nak cite mkn pagi kais pagi mkn ptg kais ptg…bolehhh blahhhh…lagi 1…igt dunia ni akan sepi ke klu xde penyanyi2 smua…sorrylahhhh…korang xde lagi bgusss

  4. Anonymous says:

    bu …toh…pak….hang… aq da 3 tahun x tngok tv elok je hidup , masa kecik tngok tv pun katun , katun ade muka kau? xde ? bagi bantuan kat katun , pi pi

  5. artis bgoks says:

    kerja artis hiburkan orang. tugas orang jual tv camne ek? Salesperson, factory smua tu. takde tv, takde hiburan jgk. dorg tak affected ke? kau jer la affected.

Loading...