Hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis menyuarakan isi hati mereka dengan meminta kerajaan menyediakan tabung khusus bantuan untuk penggiat seni yang turut kehilangan sumber pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihat gaya hidup serba mewah kebanyakan artis dan ada juga yang mempersoalkan apakah sumbangan mereka sehingga perlu ada bantuan khusus.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama iaitu Khai dan Rosma.
Menurut mereka, artis patut diberi bantuan kerana sebelum ini sudah banyak menghiburkan rakyat Malaysia. Jika tiada artis, tiadalah rancangan hiburan dan tiada juga lagu-lagu raya berkumandang ketika Hari Raya.
Mereka sudah banyak berkorban untuk menghibur dan menggembirakan ramai, apa salahnya jika kali in mereka pula meminta bantuan.
Khai dan Rosma turut meluahkan rasa kesal apabila ramai pihak melupakan para artis ketika mereka memerlukan di saat getir ini.
Terdahulu, Black Hanifah, Tomok dan Shuib Sepahtu dikecam teruk gara-gara meminta kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis yang sebelum ini sudah banyak membantu negara. Rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik untuk memberikan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding artis yang mempunyai kehidupan mewah dan berduit.