“Semua Orang Buat Silap..” – Netizen Tiba-Tiba ‘Support’ Shuk Sahar Baik Semula Dengan Rossa Sera?

Hiburan

“Semua Orang Buat Silap..” – Netizen Tiba-Tiba ‘Support’ Shuk Sahar Baik Semula Dengan Rossa Sera?

Sudah bertahun pelawak, Shuk Sahar berdepan dengan masalah kemelut rumah tangganya bersama isteri, Rossa Sera dan sejak akhir-akhirnya, ia seperti sudah sampai ke penghujungnya.

Biarpun tidak mengeluarkan sebarang statement bahawa mereka sudah sah berpisah, ramai netizen secara tiba-tiba memberi sokongan penuh kepada pasangan itu untuk berbaik semula.

Advertisement

Sebelum ini boleh dilihat ramai yang mengecam tindakan Shuk berlaku curang dibelakang isterinya hingga meminta Sera membuat haluannya sendiri dan bergembira bersama anak-anak.

Baru-baru ini, Shuk ada memuat naik video dirinya meluangkan masa bersama anak-anak dan hal itu telah membuat ramai yang ‘cair’ melihatnya.

Malah, ada netizen meminta agar pelawak berkenaan memujuk isteri kembali ke pangkuannya kerana kasihan pada nasib anak-anak.

komen tiktok

komen tiktok

Dalam pada masa yang sama, netizen turut berkata setiap manusia di dunia melakukan kesilapan dan tidak salah untuk isterinya memberi peluang sekali lagi kepada Shuk untuk memperbetulkan masalah yang dia buat.

Sekadar info, Rossa Sera ada memberitahu kepada pihak media bahawa dia masih sayang dan cinta pada Shuk, namun hanyalah sekadar kawan saja serta tidak berani untuk berjanji memberinya peluang kedua.

4 bulan lalu

"Memang Saya Sayang, Tapi..."- Rossa Sera Dedah Perasaan Sebenar Terhadap Shuk Sahar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 29, 2022 at 9:45 am

    Pada pendapat saya mmg semua orang melakukan kesilapan. tapi bukan lah berkali2. dan perpisahan tu bukan lah mksudnye pengakhiran buat semuanya. mungkin itu yg terbaik utk mereka berdua.

  2. Anonymous

    July 29, 2022 at 8:07 am

    just because dia menjalankan tggjwb dia sebagai ayah, x semestinya kne berbaik dgn ex wife
    lelaki diuji bila punya segala2nya
    skrg dh xde apa2, baru nk balik kt ex-wife. x payah lah

  3. Anonymous

    July 29, 2022 at 8:01 am

    Pendapat aku, perpisahan itu bukan nya sentiasa buruk. Ia juga ada mendatangkan kebaikan. Sekiranya kedua2 pasangan tiada persefahaman buat apa nak bazirkan waktu lagi? Tak kan dah tua baru nak berpisah? Tak kan salah seorang partner dah kena depression baru nak berpisah?? Takut waktu tu dah terlambat. Anak2 akan terbela sekiranya kedua2 mak ayah dia tahu peranan dan tanggungjawab masing2. Sera pun nak rasa bahagia juga. Buat apa nak bersama dengan suami yang tak sayang kita. Lebih baik move on…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...