Setelah tular video yang memaparkan pelakon, Fazura membuat persembahan secara ‘live’ di SEA Today News, seorang guru vokal yang dikenali sebagai Adzrin Adzhar tampil memberikan pendapatnya mengenai persembahan tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, guru vokal tersebut berkata hakikat yang perlu diterima adalah tidak semua orang boleh menjadi penyanyi.
Semua orang boleh menyanyi tapi bukan semua orang boleh jadi penyanyi.
Guru vokal itu turut menekankan tentang ilmu asas nyanyian yang perlu dikuasai sebelum bergelar penyanyi.
Untuk menjadi penyanyi kita kena tahu ilmu-ilmu asas nyanyian. Walaupun saya selalu kata teknik pernafasan itu penting tetapi kita kena ada persediaan yang cukup. Sekurang-kurangnya kena menyanyi dalam ‘tune’.
Kalau pernafasan tidak menyokong nyanyian itu pun tak mengapa kerana ianya boleh belajar. Kalau pernafasan baik tetapi intonasi tidak betul bahaya juga.
Guru vokal itu turut memberi cadangan supaya pasukan Fazura terlebih dahulu perlu memastikan pelakon itu bersedia sebelum membuat persembahan secara langsung.
@adzrinadzhar ATAS PERMINTAAN RAMAI. KITA SHARE ILMU SAMA2 YA #adzrinadzhar #trusttheprocess #vocalcoach #mayinmenyanyi ♬ original sound – Adzrin Adzhar