“Semua Orang Berhak Dapat Second Chance Gais..” – Perit Dikecam Netizen, Mira Akui Terfikir Nak Bunuh Diri

Kehidupan

“Semua Orang Berhak Dapat Second Chance Gais..” – Perit Dikecam Netizen, Mira Akui Terfikir Nak Bunuh Diri

Baru-baru ini, tular klip pendek yang memaparkan live TikTok influencer sensasi iaitu Mira atau nama sebenarnya, Amirah Aqilah bersama pemilik akaun TikTok @farmasieverlife.

Live tersebut meraih perhatian ramai kerana rata-rata mempertikaikan tindakan @farmasieverlife mengambil Mira sebagai hos siaran langsung itu.

Advertisement

Sedar ramai meninggalkan komen kecaman di live tersebut, Mira tampil bersuara mengatakan semua orang berhak mendapat peluang kedua dan dia juga akan perbaiki diri menjadi lebih baik.

Bukan itu saja, malah wanita yang dikenali sebagai skandal View Chin itu turut berkata bahawa dia pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidup oleh kerana dikecam, namun dengan pertolongan doktor @farmasieverlife itu, dia kembali kuatkan dirinya.

Dalam pada masa yang sama, dia turut bersyukur kerana disebabkan isu skandalnya menjadi viral, namanya makin dikenali ramai dan ramai yang ingin mengetahui tentang dirinya.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa niat @farmasieverlife mengambil Mira sebagai hos live TikTok mereka hanya kerana mahu viral dan mendapat perhatian netizen biarpun ianya negatif.

Walaupun sedar ramai meninggalkan komen negatif, pemilik akaun @farmasieverlife kekal tenang dan tetap menyokong Mira untuk teruskan kehidupannya tanpa mengambil kisah kecaman ramai.

1 year ago

Digelar S*ndal & 'Play Victim', Mira Akhirnya Jawab Kecaman - "Mental Saya Sangat Penat.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...