Baru-baru ini, tular klip pendek yang memaparkan live TikTok influencer sensasi iaitu Mira atau nama sebenarnya, Amirah Aqilah bersama pemilik akaun TikTok @farmasieverlife.
Live tersebut meraih perhatian ramai kerana rata-rata mempertikaikan tindakan @farmasieverlife mengambil Mira sebagai hos siaran langsung itu.
Sedar ramai meninggalkan komen kecaman di live tersebut, Mira tampil bersuara mengatakan semua orang berhak mendapat peluang kedua dan dia juga akan perbaiki diri menjadi lebih baik.
Bukan itu saja, malah wanita yang dikenali sebagai skandal View Chin itu turut berkata bahawa dia pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidup oleh kerana dikecam, namun dengan pertolongan doktor @farmasieverlife itu, dia kembali kuatkan dirinya.
Dalam pada masa yang sama, dia turut bersyukur kerana disebabkan isu skandalnya menjadi viral, namanya makin dikenali ramai dan ramai yang ingin mengetahui tentang dirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa niat @farmasieverlife mengambil Mira sebagai hos live TikTok mereka hanya kerana mahu viral dan mendapat perhatian netizen biarpun ianya negatif.
Walaupun sedar ramai meninggalkan komen negatif, pemilik akaun @farmasieverlife kekal tenang dan tetap menyokong Mira untuk teruskan kehidupannya tanpa mengambil kisah kecaman ramai.