“Semua Nak Acah Fighter” – Jojo Ghazali Tegur Selebriti, Pempengaruh Buat Muay Thai Macam ‘Sukan Murahan’

Kehidupan

“Semua Nak Acah Fighter” – Jojo Ghazali Tegur Selebriti, Pempengaruh Buat Muay Thai Macam ‘Sukan Murahan’

Atlet Muay Thai terkenal, Johan Ghazali tampil meluahkan rasa kecewa terhadap fenomena influencer dan selebriti yang masuk ke arena muay thai tetapi tidak menjaga adab.

Dalam satu perkongsian di TikTok, Johan tidak berselindung apabila menegur keras penganjur dan individu terlibat yang dilihat mencemarkan imej sukan ini.

Advertisement

Betul-betul memalukan la sekarang, zaman sekarang macam-macam influencer, selebriti, macam-macam orang yang acah nak jadi fighter. Training 2-3 minggu lepas tu nak naik ring.

Okaylah, korang nak gaduh, nak acah jadi fighter suka hati korang lah buatlah apa korang nak tapi bila korang masuk dalam sukan muay thai tolong jaga etika, jaga adab.

Johan turut menyelar segelintir penganjur yang mengambil kesempatan menjadikan muay thai sebagai bahan marketing murahan tanpa memikirkan kesan buruk kepada masa depan sukan ini.

Jangan bawa perangai bangang dekat sini, lagi-lagi event organizer zaman sekarang kebanyakan tak ada etika. Sebelum korang nak buat marketing bangang korang, pakailah otak dulu.

Boleh ke? Tak susah pun nak jaga adab. Make sure ada black and white, jangan suka hati pakai muka orang up poster sana sini, untuk marketing murahan korang tu.

Menurut Johan, dia faham jika ada fighter yang sertai acara sebegini kerana imbuhan wang yang lumayan.

Johan menegaskan dia berusaha keras menaikkan sukan ini supaya dihormati dan berharap pihak terlibat lebih menjaga etika.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-18 13:44:58

"Sanggup Korang Buat Aku Macam Ni" - Pempengaruh Dibuang Kerja Gara-Gara Khianat Isteri, Salahkan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...